Followers

Jalan Atas Karpet Merah U!!!

Saturday, December 18, 2010
Entry ni patutnya dah lama up. Tapi dok peram je dalam dashboard. Hahahah.

1st time dalam hidup i, i pergi kenduri kahwin yang super grand! Bagi i la. Biar la uols nak cakap i jakun ke apa, tapi benda ni jadi sejarah dalam hidup i. Akan i ingat sampai bila-bila. Mungkin ada yang dah biasa dengan semua ni, so anggap benda biasa je. Tapi mungkin ada benda biasa bagi i, tapi gempak bagi uols. Kita tak tahu kan? Teheee...

Perkahwinan yang i hadiri secara tidak sengaja dan tiba-tiba ni adalah perkahwinan orang biasa je. Tetapi tetamunya adalah.......jeng..jeng..jeng!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Orang nombor satu kat Melaka ni!Siapa??Tahu?

Meh tengok aturcara majlis....



Nampak tak siapa yang hadir? Cuba klik untuk lebih jelas..

Antara tetamu kehormat untuk majlis perkahwinan ni ialah Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Melaka dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka 

I memang suprise gila bila tengok aturcara majlis. Sebabnya...

Weeding ni 10hb Dec lepas. Hari Jumaat. Petang tu masa kat opis, ada housemate i ajak pergi weeding malam tu. I tanya weeding apa la malam-malam. Dia pun tak tahu. Yang ajak dia pun opismate kitorang. So malam tu opismate ambil la kat rumah. Tanya pun tanya, rupanya weeding anak seorang kontraktor kelas A ni. Tengok weeding card, wah! Marveles.

Then sampai je kat hotel, tengok siap ada karpet merah. I dah macam cuak-cuak. Sekali bila duduk kat tempat, tengok aturcara majlis...Patutla pun....Majlis perkahwinan protokol ni...Nasib baik la i dah pergi kursus protokol hari tu. Tak la cuak sangat. Heheheh



Nampak sikit pentas dia. Nak ambil gambar banyak-banyak, takut langgar protokol plak!



See.. Aturcara majlis pada buku menu... Ada telor dan coklat handmade juga.



Ni coklat handmade. Dark coklat. I tak suka sangat..Huuuu






Bekas telor dia cantik yang amat!



Masa lalu kat karpet merah, dapat kad terima kasih ni. Itula gambar pengantin. Lelaki itu lelaki Australia rasnya. Sangat tinggi ok! Pengantin perempuan paras bawah bahu dia je. Masa bersanding, ada tunjuk video pasangan tu la. So romantik!I jelous noks! Pastu dalam video tu, pengantin perempuan tu ada cakap kenapa dia jatuh cinta dengan suami dia. Salah satu sebabnya ketinggian suaminya. Dia siap cuba lompat dua kali, tapi tetap tak boleh sama tinggi dengan husband dia. Teheee. ^_^



Kad jemputan kahwin



Tema pakaian untuk tetamu



Menu makanan. Ice cream dia siap ada strawberi. Ini paling sedap!Ngeee...

Nasib baik la i rajin juga ikut opismate i even i sangat malas nak pergi time tu. Kalau tak pergi, mesti i dah missed semua ni. 

p/s: Kebetulan pergi, baju sama warna dengan salah seorang opismate i. Kami pergi bertujuh. Opismate i ni isteri dia kat kampung. Cuti sekolahkan. Bila dah sama warna, ramai la ingat i ni isteri dia. Dahla masa kat weeding tu ramai YDP daerah, ketua jabatan, ADUN. Opismate kenal la sebab dia selalu pergi meeting dengan diorang. I plak segan sebab diorang pandang i semacam. Hahaha

2 maklumbalas:

  1. HonEyBuNNy said...:

    wow.....grand gtu.....