Followers

I kecewa ok!

Sunday, December 19, 2010
Ye..Amat kecewa!

Ceritanya bermula macam ni..

I sangat suka makan buah longan or mata kucing. Sekarangkan tengah musim. So i memang kerap kali la beli buah longan ni. Dalam banyak kali i beli tu, semuanya dengan peniaga C. Cuma sekali je dengan peniaga M.
Beli dengan peniaga C, buahnya memang manis. Tak kirala beli kat depan taman i ni ke, kat pasar malam ke, kat tepi jalan ke. Bila i nak beli, peniaga C selalu bagi i rasa dulu. Bila i rasa manis, confirm la i belikan. Pastu i selalu beli tak banyak. Setengah kilo je. So bila beli dengan peniaga C, memang dia timbang setengah kilo. Sekilo RM7, so setengah kilo RM3.50 la kan? Bila dah cukup setengah kilo, peniaga C akan tambah lagi sikit buah then baru ikat plastik tu. Bila i balik rumah, i makan habis buah tu sekali atau dua kali ngadap. Paham ke bahasa i? Buat la paham ye. Then nak dapat buah yang busuk antara buah-buah tu, susah. Semuanya baik, isi tebal dan manis. Kira i puas hati sangat la kan..

Hari tu i pergi pasar malam. Nampak plak peniaga C dan M jual buah longan tu. Abi cakap dengan i, kita beli la dengan peniaga M. Asyik beli dengan peniaga C je. I setuju la. Kan kita kena tolong bangsa kita.

Pastuuuuuuuuuu!

Bila i nak beli, i tak dipelawa untuk rasa dulu. Then bila i minta setengah kilo, dia nak bagi i yang dah hampir busuk tu. Yang dah tercabut dari tangkai. I request ok untuk minta yang bertangkai!Pastu minta setengah kilo, kena bayar RM4. Padahal sekilo RM7! Ok la. Fine!I bayar je la. Balik rumah, hampir separuh buah tu dan lembik, dah berbau busuk. Means i boleh makan separuh je. Itu nasib baik i request nak yang masih bertangkai. Kalau dia bagi i yang dah tercabut dari tangkai tu, mungkin i boleh bilang dengan jari kot berapa je biji yang i makan.

I geram ok!Geram sangat! Macamana i nak tolong peniaga M kalau dia sendiri tak boleh nak tolong bangsa dia? I memang tak paham. Entry i ni mungkin ada orang nak kecam sebab tulis pasal peniaga M. Tapi ini realiti ok. Yang betul-betul berlaku pada i!

Kalau uols, uols tak geram ke?


Tebalkan isi??

2 maklumbalas:

  1. eazlye said...:

    hurm..mmg mcm nih lar peniaga M...
    dorg nk cepat kaya tp xpdai jg hati customer.....bengap..!!

  1. chenta said...:

    kaaannn??!geram i tau...huuu..bengang!