Followers

Makan dengan tangan kiri?

Tuesday, November 30, 2010

Semalam i pergi kursus protokol. Macam-macam yang diajar sebab banyak benda yang melibatkan protokol sebenarnya. Macam bosan tapi menarik tau. Sampai i pening kepala la. Heheheh.

Pastu ada opismate i tanya i, kalau protokol masa makan, bila makan western, tangan kanan pegang pisau, Tangan kiri pegang garpu. So kita akan makan tangan kiri. Tapi nak ke i makan tangan kiri. I tercengang tengok dia sebab jarang orang nak tanya macam tu. Dia kata walaupun protokol, dia tetap takkan makan tangan kiri.

Cuba baca sabda di bawah :

Daripada Ibn Umar bahawasanya Nabi saw bersabda :


"Apabila seseorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya, apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."


(Dianggap sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, dan hadith ini dikeluarkan juga oleh Muslim)


Makan tangan kiri tu dah sama macam syaitan makan. I pun tak guna tangan kira bila makan western. I selalu akan potong daging tu kecil-kecil. Letak pisau then makan tangan kanan. Rasa tak biasa plak makan tangan kiri. Tapi macamana plak dengan orang kidal?

I search kat internet, memang kena makan tangan kanan juga walaupun kita kidal.

"Janganlah engkau makan dengan tangan kirimu, sedangkan Allah telah menjadikan tangan kanan untukmu."

Isu ni memang nampak mudah dan simple, tapi bila mudah dan simple la, orang anggap remeh temeh. I sekadar memberikan peringatan. Untuk diri i sendiri juga ^_^

4 maklumbalas:

  1. Queen said...:

    nik bedal je makan dengan tangan kanan pegang garfu...ngehngehngeh..kadang tu susah sangat tibai je pakai tangan..

    Tapi dulu lecturer ada bgtau..kalau perlu sangat protokol...

    buat macam yang u buat..

    potong dulu..tukar tangan..pastu makan...hihih..

    lebih berkat suapan tu dengan tangan kanan

  1. chenta said...:

    hehehe..bedal tak kisah..janji tangan kanan

  1. Mohd Azrin said...:

    Err saya kena ubah tabiat nampaknya kerana saya kidal. Apabila makan samada guna sudu atau garfu otomatik guna tangan kiri tapi kalau makan guna tangan makan guna tangan sebelah kanan :-)

  1. chenta said...:

    ye..belajar tau guna tangan kanan bila guna sudu or garfu! ^_^