Followers

Tak reti ke nak beratur?

Monday, October 25, 2010
Kejadian berlaku hari Sabtu lepas. Masa tu beli barang keperluan kat sebuah pasaraya tu. I berdua dengan kawan i.

Masa nak bayar tu, i beratur la macam biasa. Orang depan i tengah bayar barang-barang dia. Tetiba ada seorang pakcik ni. Tak la tua sangat sebabnya kalau dia kawen lagi, still boleh dapat anak kot!So bayangkan la sendiri agak2 pakcik tu umur brape ye..

Pakcik tu lalu sebelah i. I ingat dia nak keluar ke apa. Even ada pintu keluar, tapi ada je orang suke menyelit kat kaunter untuk keluarkan?So i biarkan je la. Pastu entah apa yang dikecahnya kat depan tu, tup tup bila turn i nak bayar, dia letak barang dia kat kaunter i nak bayar tu!! Barang dia dua je, tak banyak. So sempat la dia letak dulu sebelum i.

I yang dah bengang ni, selumber la sound..

"Tak reti nak beratur ke pakcik?"

Dia boleh jawab,

"Ala..barang saya dua ni je. Tak banyak"

Geramnya i!!Even dua sekali pun, beratur la kan. Jangan sesuka nak menyelit. Kalau kau yang dah besar, dah dewasa ni tak reti nak beradab, tak reti nak beratur, macamana budak kecil, remaja nak beratur? Macamana diorang nak ikut perangai yang baik kalau yang tua sendiri tak beradab?!

Muka i memang tahap bengan abis la sampai member i pun takut je tengok i. Masa bengang2 tu, sempat lagi i sound pakcik tu.. I cakap dia takde ADAB!

I pernah tengok satu video iklan. Video tu dihasilkan oleh orang luar. Dalam video tu dia tunjuk ramai orang tengah beratur kat kaunter macam kaunter kat pejabat pos tu. Tetiba datang seorang perempuan, terus pergi ke depan dan menyelit. Ada seorang lelaki kat belakang, seluk poket, keluarkan pistol, terus tembak kaki perempuan tu. Orang lain buat tak endah pun kerana bagi diorang, memang patut pun kena tembak sebab tak reti nak beratur. Punya la orang negara luar nak tekankan betapa pentingnya untuk beratur. Jangan la nak potong barisan or giliran.

Kalau kita drive dan potong barisan, kita boleh dikenakan saman maksimum iaitu RM300.

P/S : Jangan nak pikir diri sendiri je ye. Pikir orang lain juga ^_^

2 maklumbalas:

  1. Miss Q said...:

    Dear, kalau ahkak jadi kau.. bawak keluar camera / camera handset dan amik gambar. pastu print dan tampal disetiap tiang traffic light sana!

    re: Jeans tuh kalau nak, cepat lah hantar email to karipapsayur@gmail.com . Ada org request jgk tuh..

    TQ

  1. chenta said...:

    tak sempat nak amek gambar kak..

    ok!skrg juga org email... ^_^