Followers

PJ- Melaka, 6jam setengah la baru sampai! Ni semua disebabkan kemalangan ngeri 10.10.10

Monday, October 11, 2010
Serius la.. Malam tadi dari PJ kul9malam, sampai Melaka kul330pagi...Tak pernah rasa sejauh itu dari PJ ke Melaka.. Huuu...Semuanya gara-gara accident yang berlaku kat Highway area Rembau petang semalam. Sampai ke pagi la jammednya.. I balik raya pun tak merasa jammed macam tu tau!

Jammed bermula selepas exit Senawang/Kuala Pilah tu sampai la ke Exit Pedas/ Linggi. Memang ramai yang exit Pedas/ Linggi sebab nak elak jammed selepas tu. Tapi kami yang tak reti jalan kampung area Pedas/Linggi tu terpaksa la meneruskan perjalanan juga.. Sambung lagi jammed sampai tempat kemalangan lagi berapa km je exit Simpang Ampat. Betapa jauhnya jammed tu. Kesian abi. Dia yang drive. Drive kete manual plak. Boleh putus urat kaki la!..Sian dia...

Nak berhenti tepi, banyak dah kereta bersidai kat tepi tu. Nak berhenti hentian rehat Pedas, nak masuk pun dah jammed. So terus tak berhenti rehat mana2. Fikir nak balik je masa tu sebab i kena kerja pagi ni..

Kemalangan tu memang teruk la. Melibatkan dua bas. Tapi masa kami lalu tu, tinggal satu bas je. Bas lagi satu, dah tak nampak. Kemalang berlaku 630 petang. Tapi i pasti jammednya sampai pagi tadi. Ambulans memang macam2 la datang. Dari JPAM ada, dari Tentera Darat ada. Nak maklumat lanjut, sila rujuk Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro sebab hari ni muka depan, cerita pasal accident tu..

Pengajaran yang i nak tekan kan kat sini! Kepada semua pemandu, sila la bawa berhati-hati, penuh berhemah. Bila accident, bukan anda sorang je susah. Orang lain pun susah. Malam tadi berapa ramai orang terlibat dengan jammed tu, Minyak pun jadi 2kali ganda tau. Penatnya lagi. Buang masa lagi. Kereta yang tersadai kat tepi pun bukan main banyak. Kan menyusahkan ramai orang tu. Dah tu membunuh ramai orang gak. Contoh macam malam tadi, 12 orang meninggal. Kalau anda tak sayang nyawa anda, kitorng tak peduli pun. Tapi kitorg ni semua sayang nyawa. So kalau anda accident, ktorang pun terkena tempiasnya sekali tau. I memang marah betul malam tadi.. Dah la kena kerja pagi ni. Ngantok jangan cakap la..Huuu



Boleh pergi sini untuk berita (Utusan Malaysia) --> 12 maut tragedi lebuh raya

P/S: I tengok gambar kat FB, ada orang tu dia agak hampir dengan tempat kejadian dan snap beberapa photo. Paling ngeri i tengok, orang tu dah takde kepala...Ngeri!

0 maklumbalas: