Followers

Bahaya Itu Dimana2 Sahaja...

Monday, October 04, 2010
Minggu lepas kan gempar pasal Lif jatuh dari tingkat 6 kat Petaling Jaya. Banyak juga blog yang cerita pasal tu. Memang kecoh juga sebab kes tu menyebabkan ada mangsa yang hampir lumpuh. Ada juga member blogger yang jadi risau bila naik lif. Takut benda tu berlaku masa diorang naik lif tu..

Sebenarnya bahaya tu ada je kat mana2. Tak kira la bila kita naik lif, naik escalator, tengah buat kerja, tengah makan, tengah jalan2, tengah drive, hatta tengah tidur sekali pun! Kan??? Kita memang tak boleh elakkan andai tu memang dah qada dan qadar. Tapi kita boleh ambil langkah keselamatan agar benda tu dapat dielakkan dari berlaku pada diri kita... Kan? Haish, i suka sangat cakap kan dalam entry ni. Hahahah..

Pagi Jumaat lepas, i dengan opismates ada la bincang sikit pasal kejadian lif tu sebab jabatan kami ada kaitan dengan hal-hal keselamatan termasuk lif. Sejak i kerja sini, setiap kali masuk lif, mesti nak look around. Pastikan berdaftar lif tu. Kalau ada no daftar pun lagi bagus. Atleast i tau lif tu telah didaftar dengan jabatan i. So tahap keselamatan pun tinggi la sikit dari lif yang i tengok macam seram sejuk je. Hehehehhe. I tau la serba sikit kenapa kejadian lif tu boleh berlaku even i bukan engineer macam opismates i tu. Tapi apa yang kami bincangkan, tak perlu la i letak kat sini sebab takut menjadi isu yang lebih besar. So biarla pihak yang berkenaan je siasat termasuk rakan sejabatan yang berada di negeri kejadian berlaku. Tapi kalau nak tahu gak, boleh PM i ye. Hehehehhe...

Semalam pergi open house lagi. Then kebanyakkan yang hadir open house tu adalah orang yang kerja kilang sekitar Melaka. Diorang cerita2 pasal tempat kerja, pasal mesin, i dengar je la. Pastu ada seorang guy ni tanya i kerja mana. Bila i sebut nama jabatan i, orang tu tersenyum sambil mengangguk-angguk. Dia juga cakap kalau orang jabatan i datang tempat kerja diorang, memang orang2 kat situ ada takut sikit. Takut ada yang tak kena. Lagi2 hal keselamatan. Tapi kalau kami tidak menitik beratkan hal tu, lagi mudah la kemalangan berlaku di tempat kerja. Sebab tu kami ada kuasa untuk semua tu. Itu pun sebab nak selamatkan nyawa orang. Tak mustahil kat tempat kerja boleh berlaku kemalangan sehingga menyebabkan kematian kan?

Then jangan fikir orang kerja kilang je yang bahaya. Orang kerja opis pun ada bahayanya. Contoh duduk atas kerusi lama-lama. Adakah cara anda duduk tu ergonomik? Ada tak pape hazard disekeliling tempat anda bekerja tu? Mungkin anda fikir biasa je. Tapi sebenarnya ada kesan jangka panjang tau. I hari tu baca buku ergonomik di tempat kerja, tapi tak habis-habis lagi sebab terlalu banyak nak kena tahu.

So ambilla hal keselamatan ni sebagai perkara yang paling penting. Bukan untuk sesiapa pun tapi untuk diri sendiri juga. Jangan nanti dah jadi, baru nak menyesal.. ^_^



Tanda bahaya tu sentiasa ada di mana2. So alert dengan benda tu. Jangan ingat dia sesaje nak terpacak kat situ tau!


P/S: Hari ni entry berilmiah sikit...

4 maklumbalas:

  1. d_tieah said...:

    Smlm tgk brita sorang pkja mati masa cuci mesin ape ntah..
    Dh takdir la..
    Tp kan, dia cuai gak la..
    Sbb dia x stopkn dulu mesin tu..
    Cuci semasa mesin bergerak..
    Nk wt cm ne..
    Semoga rohnya dicucuri rahmat je la ek..
    Kesian sgt..

  1. chenta said...:

    itula..sbb tu kite kena sentiasa berhati2

  1. TeD said...:

    memang scary bab bab lif ni... kalau lift tu rosak sikit pun, i akan report kat management...

    memang bahaya ada kat mane2 ... lagi lagi orang kiut macam i ni, senang2 je awek nak kidnap... aik

  1. chenta said...:

    aik?!awek?hahaha..yela..senyuman yg kiut dari pipi roti kan? :P