Followers

Alpha and Omega

Thursday, October 07, 2010
Tadi tengok wayang lagi. Cerita Alpha and Omega. Ye!Ini cerita kartun..

 Comelkan serigala ni? Picture from Google

Plan nak tengok cerita St Cloud tu tapi memandangkan kat MBO Melaka takde cerita tu, yang ada kat GSC Dataran Pahlawan dan i malas nak ke sana, so hentam je la tengok cerita pape pun.. Malas nak tengok cerita aksi, yang perlu fokus, so tengok la cerita kartun ni. Santai je..

Masuk panggung memang lebih ramai family yang bawa anak la.. Dah namanya cerita kartun kan. Hehehehe...

Cerita ni ok la juga. I bagi 3setengah bintang. Menghiburkan dan i asyik gelak je sepanjang cerita ^_^
Banyak la part kelakar, antaranya part serigala tu menari goyang2 punggung. Hahahah. Comel je! Serigala semua comel2. Takde nampak garang pun tau.. Cerita ni ada 3D yang i pasti mesti lebih menarik dari i tengok normal ni sebab lukisan pemandangannya cantik! Air terjun macam real je tau!

Cerita ni pun ada pengajaran disebaliknya. Antaranya jangan fikir orang yang lemah tu, sentiasa lemah dan tak boleh berkawan dengan orang kuat. Tetapi orang yang lemah ni pun boleh membantu orang yang kuat tau! Pastu cinta itu tak mengenal siapa. Tak kira la anda kuat ke, lemah ke, kaum lain2 ke... Takde nak kisah semua tu. Asalkan hati dah suka, jatuh la cinta..


Ada lagi pengajaran. Uols pergi la tengok sendiri ye. Santai dan relaks tau tengok cerita ni. Kalau stress, boleh hilang stress tu!

1 maklumbalas:

  1. sizuka[Izzati] said...:

    ngehhhhh.sy ske tgok cite katun dkt cinema.best gelak kuat2.ingt yg pling best ice aged 3 kot.kakaka.seronot!