Followers

Ucapan Selamat Hari Raya dari tuan blog

Wednesday, September 08, 2010

Gedik tak gambar? Gedikkan? Hahaha

Ok, disini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog saya ni, kawan-kawan, silent reader, semua sekali la. Tak nak ada yang tertinggal.
Saya juga ingin memohon beribu-ribu, berjuta-juta kemaafan dari anda semua, andai selama saya post entry kat sini, ada melukakan hati sesiapa secara langsung atau tidak langsung. Kadang2 bila update entry mengikut hati dan jari, mesti taip ikut suka tanpa memikirkan hati dan perasaan orang yang membaca. Sesungguhnya saya sangat la tidak sengaja dengan semua tu. Baru-baru ni kan ade orang tegur i sebab i kutuk member2 opis i. Sesungguhnya apa yang i tulis tu adalah ketika i dalam keadaan marah. Tapi i masih menjaga aib orang tau. Tak la cerita buruk sangat dan tak tulis nama pun. Tapi takpela. Mungkin orang yang menegur tu terasa hati. Terima kasih ye kerana menegur.
Ada gak entry yang i taip secara umum, tapi ada plak yang terasa. Tersentuh hati dengan apa yang i tulis. Padahal i tak bermaksud pape. Tak mention sesiapa. I tetap minta maaf banyak2 ye. Semuanya memang tak sengaja :(

I pun nak minta halalkan makan minum i, kalau ada kawan2 yang baca blog i ni. Yang pernah belanja i makan kan.. Terima kasih ye

Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung tu, hati2 la memandu. Ingat orang tersayang dan orang sekeliling. Bukan kita nak diri kita je selamat, semua orang nak selamat. So sama2 la berhati2 di jalanraya. Elakkan kemalangan. Lambat takpe. Janji sampai dengan selamat. I pun akan memandu dengan kadar bawah 110km/j sahaja. Nak raya tau!

Sesiapa yang tahu rumah i tu, boleh la nak datang beraya. Nak beraya kat rumah parents i kat Kluang, Johor pun boleh. Nak beraya kat rumah sewa i kat Ayer Keroh, Melaka pun boleh. Dialu-alukan. Cuma kat rumah sewa takde kuih raya. Minum air je boleh? Hehhehe :P

"Selamat Hari Raya"
"Maaf Zahir & Batin"

0 maklumbalas: