Followers

Sesi Marhaban

Thursday, September 30, 2010
Disebabkan pembedahan ayah ditangguhkan last minute, meh la i cerita pasal marhaban.. Marhaban ni Selasa malam. Macam biasa la bila marhaban, rumah dah macam open house. Kawan ayah ramai sangat. Bila turn lelaki, berduyun2 orang masuk. Yang marhabannya 1 group je. Tapi group lain pun masuk rumah ayah.. Lagi2 bila diorang dah tahu group marhaban perempuan dah masuk, lagi la diorang duk borak lama2 dalam rumah. Dah biasa dah.. Huhuhu...

Meh la layan gambar makanan. Gambar orang tak ambil sebab malu :P









Selalunya my dad buat ketupat. Tapi tahun ni kan macam kelam kabut sikit. So my mum buat nasi impit je. Then i tolong dia masak2 semua la. My dad sampai rumah semula pun dah petang. Tahun lemas dan tahun2 dulu memang ada ketupat, rendang, kuah lodeh. Tahun ni cuma nasi impit, kuah lodeh n sambal tumis. So ada la orang2 yang bertanya pada my dad. Tak de ketupat ke tahun ni. Hehehehe. Rendang pun takde. Tapi sambal tumis pun sedap juga. Hahaha. Macam2 diorang ni la..

Meh i tunjuk gambar my parents..

 Baju ni dedua i beli. Baju ayah tu sempena my sis kawen dulu. Baju my mum plak masa i pergi bandung. Tapi baju my mum tu, my sister pun ada jual tau kat SINI




Bukan main lagi budak2 ni beratur nak minta duit dari my mum. Macam budak2 beratur nak masuk kelas..

0 maklumbalas: