Followers

Legend Of The Guardians : The Owls of Ga'Hoole

Sunday, September 26, 2010
Hari Sabtu adalah hari i bermakan secara percuma. Hari Ahad pun sama. Tapi ni nak cerita pasal hari Sabtu dulu ye. Tapi bukan pasal makan secara percuma yang dua kali itu sampai kekenyangan tak hingat dan buat mengantok tetapi nak cerita pasal i tengok wayang pakai baju kurung lepas pergi open house yang pertama! Hahahahahah

Kawan-kawan i masa study kat UTHM dulu la ni punya pasal. Lepas pergi rumah Ikin, diorang ajak pergi Dataran Pahlawan. Tengok wayang! Diorang nak tengok cerita Resident Evil 3D. Tapi i tak pernah tengok cerita tu sebelum ni, so malas i nak tengok. Takut nanti i tercengang-cengang dalam panggung sebab tak paham cerita. Dah la cerita aksi, tengok 3D. Ada yang sakit jantung nanti!



So, i decide untuk tengok cerita Legend Of The Guardians : The Owls of Ga'Hoole 3D. Cerita kartun yang santai, tapi buat i tak kelip-kelip mata. Dah la burung hantu tu comel. Tengok 3D kan. Rasa nak capai-capai je pakai tangan!Geram okey!!

Cerita tu best juga. Ada part sedih bilamana abang sendiri jadi jahat dan cuba bunuh adik dia. Sedih tau. Bila part hujan, ribut dan api. Wah! Rasa macam ada kat situ juga ye.... Huuu..Tapi cerita tu ada part kelakar juga. Ketawa tak ingat, tapi i masih boleh control even ada beberapa orang yang ketawa entah pape sampai menganggu semua orang dalam panggung!

Siapa yang belum tengok lagi, sila pergi tengok ye. Besttt.. ^_^

Sinopsis tak payah la ye? Nanti korang tak pergi tengok plak. Hahahaha

2 maklumbalas:

  1. darkangel said...:

    "sipnopsis tak payah ye? nanti korang tak pergi tengok"..

    tapi..ini..

    "Cerita tu best juga. Ada part sedih bilamana abang sendiri jadi jahat dan cuba bunuh adik dia. Sedih tau."

    sudah spoiler laaaaaaaaa.

  1. chenta said...:

    sinopsis tu kan selalunye lebih detail n panjang berjela..

    ala, i ckp je part sedih bilamana abang sendiri jadi jahat dan cuba bunuh adik dia...tp i xckp siapa yg terbunuhkan?eh, ade ke terbunuh?hahaha..tgk sendiri la!

    lgpun bukan cite bunuh ke tak bunuh tu jln cite utama.heheheh