Followers

Biskut Oat ku diragui kehalalannya..kecewa!

Monday, September 06, 2010
Ini cerita betul, bukan tipu-tipu punya. Patutnya update cerita ni ari sabtu lepas sebab kejadian hari sabtu, tapi sebab kecewa sangat, plus ari ahad seharian menghabiskan jahit manik untuk baju raya yunk yg 2helai tu, so pagi ni baru nak cerita. Harap lepas ni boleh menjadi iktibar kepada semua ye..

Haritu housemate dengan i buat biskut oat. Biskut yang keempat dan terakhir. Memula buat sikit je, tapi still boleh dibahagi dua untuk i dengan dia la kononnya. Tapi bila dah siap, dah buka puasa, bila rasa, wah!Sangat enak ok!Enak sangat-sangat. Rasanya macam biskut mazola tu. Ala biskut kacang tu la. Cair di mulut. Memang best! Yunk pun rasa biskut tu dan dia makan banyak dari kami!

Nak dijadikan cerita, ari Jumaat lepas bf housemate and yunk request nak biskut oat tu juga. So terpaksa la kami buat lagi. Hari Sabtu pagi, i buat chocolate chips lagi. Tengahari tu start buat biskut oat ni. Hari tu buat 2adunan, dapat seratus lebih. Kalini kami buat 4adunan terus! 100biji untuk yunk, 100 biji untuk bf housemate dan selebihnya untuk tambahan kami.Heehehe. Kan sedap, harus la buat banyak-banyak. Tapi serius k. Memang sedap. Rasa sekali nak dua tiga empat dan puluh-puluh kali. Tak tipu ooo!

Disebabkan 4adunan, lama la nak siap. Dari pukul1petang sampai kul6petang baru siap. Kira la sendiri berapa jam. Sampai kami sempat baring2, meniarap, duduk, bangun. Semua posisi la senang cerita! Letih gila kot. Buka pun drive thru McD je. Tak larat dah nak masak. Meh nak tepek gambar biskut oat yang menjadi fav biskut tahun ni!

 Dalam bekas depan dan belakang tu. Nampak macam biasa je, tapi rasa dia, fuh!

Then masa berbuka, yunk datang rumah. Lepas je buka, dia bagitahu kami sesuatu. Dia baca surat khabar Kosmo hari sabtu tu. Then dalam surat khabar tu ada tulis, minyak sapi yang kami guna tu kena tarik balik sebab diragui bahan untuk proses jadi minyak sapi tu. Ye!Biskut oat guna minyak sapi. Sebab tu rasanya cair di dalam mulut dan berbau harum semerbak! Kami macam tak percaya je. Housemate pun cepat-cepat buka Kosmo online. Dan....

Betul apa yunk kata...Sedihnya time tu. Tuhan je la tahu. Dah penat-penat seharian buat, tetiba tak boleh makan. Banyak plak tu. Tapi geram pun ada gak sebab dalam paper tu tulis, benda tu dah start ditarik balik oleh JAKIM pada 19 Ogos 2010. Tapi kenapa baru masuk paper 4 September 2010? Kalau masuk paper awal, confirm kami tak beli minyak sapi jenama tu tau! Kami beli sebab situ ada cop halal. Kami buat biskut tu selepas 19 Ogos 2010 tau!! Kami memang geram sangat-sangat. Sedih tu jangan cerita la.. Bila tengok biskut tu, sedih yang amat. Rasa nak buang je, tapi biar je la kat situ dulu. Buat kenangan.. Huuuu... Yunk pun tak dapat..

So sesiapa yang ada guna minyak sapi QBB Pure Ghee keluaran syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. untuk buat biskut, sila la baca Kosmo tu dan fikir-fikirkan la. Pastu sesiapa yang beli biskut kat luar tu, tanya la ada guna minyak sapi ke tak. Guna brand apa. Sebab brand ni sangat la popular! Kami beli pun sebab kat kedai ada brand tu je..Huuu

Meh i tepek gambar tinnya...

Mahal tau!150g je dah RM5.80

Ada tu tanda halal sah. Tangan i gegar, itu yang tak jelas. Tetiba parkinson plak. Haish!


Nama kilang ada kat bahagian bawah. Tak nampak sangat sebab warna tulisan lebih kurang je dengan warna background. Kena tengok betul2!

I copy sikit petikan dari Kosmo tu


KUALA LUMPUR - Masyarakat Islam dinasihatkan menghentikan penggunaan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee (gambar) keluaran syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. ekoran penarikan balik status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos lalu.
Nasihat itu dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas pemantauan Jakim mendapati produk tersebut mengandungi elemen-elemen yang meragukan dari segi status halalnya.

11 maklumbalas:

  1. ms sz said...:

    kesiannya. geram ok. buat laporanlah. sebab masih dijual walaupun dan ditarik lama. its either benda tu jual secara tidak sah atau yang keluarkan kenyataan tu lambat hebahkan.

  1. chenta said...:

    geram.kecewa.sedih.semua adalah..penat tau..

    rasanya lambat bagi kenyataan. byngkan la dia bg kenyataan 19ogos, tp br masuk paper 4sept..hampeh tol.org semua confirm dh buat kuih kan?lain kali bgth la awal2

  1. cIk JanNah said...:

    uiks..
    cian nya dah penat2 leh plk dpt taw status tuh kan?

  1. chenta said...:

    tau takpe..kecewa yg amat!

  1. huu..huu..memng nampak sedap..tapi tuan yang buat plak ragu2 nak bagi makan..huu.huu

  1. chenta said...:

    nk ke?org boleh je bg ^_^

  1. Drunbella Khoo said...:

    nasib baik i dah lama tak guna minyak sapi tu untuk masakan.
    tapi ruginya dah buat kuih.
    haish.
    tapi kalau i, makan jer kut.
    sebab diragui bukannya tak halal terus.
    eh tataw nak kata apa.

  1. koshary said...:

    woh.mmg rugi buat penat2.tngk2 shubhah pulak kn.sabar2.

    boleh la bgi dekat sahabat yg laen yg boleh mkn (non-muslim). kn smngt satu Malaysia gitu. =)

  1. chenta said...:

    drunbella : itula.org kata kalau ragu2, jgn mkn kan?tp benda tu belum tentu tak halal..cuma diragui

    koshary : takde la kwn non muslim..hehehe

  1. ijanlah said...:

    Tu la diragui Dah 2 agak-agak nak makan juga ker?