Followers

Umur i lebih tua kalau kira dalam tahun Islam?!

Thursday, August 12, 2010
Ini kenyataan bukan dongengan...

Hari tu i ada try aplikasi kat FB pasal sifat mengikut bulan Islam. I tau kita tak boleh percaya sangat pada benda tu. I buat pun cuma i nak tahu i lahir dalam bulan apa dalam Islam. I memang tak pernah tahu sebelum ni sebab dalam surat beranak confirm takde tulis. My mum pun tak tahu. So bila ada aplikasi macam tu, harus la i guna untuk tahu kan? So resultnya..

 Baiknya la orang yang lahir bulan Syaaban ni ^_6

I lahir 4 Syaaban 1408 Hijrah. Kiranya besday i dalam tahun Islam baru je lepas. Ish, rugi la terlambat tahu. Kalau tak boleh celebrate n minta hadiah!Heheheh :P

Tapi kan sekarang ni 2 Ramadhan 1431 Hijrah. Maksudnya umur i dah 23 tahun la ye? Kalau ikut tahun masihi, umur i baru 22 tahun. So i tua setahun la dalam tahun Islam..Ish..Ish..Ish..Sungguh takku sangka!

Bulan - bulan Islam :-

1. Muharram
2. Safar
3. Rabiul Awwal
4. Rabiul Akhir
5. Jamadil Awwal
6. Jamadil Akhir
7. Rejab
8. Syaaban
9. Ramadhan
10. Syawal
11. Zulkaedah
12. Zulhijjah

Ada lagu untuk ingat bulan-bulan Islam ni kan? So mari kita nyanyi bersama!

P/S: Bulan Ramadhan ni, kita Islamic sikit ye ^_^

0 maklumbalas: