Followers

Review SALT + The Last Airbender

Friday, August 06, 2010
Minggu ni i telah 2 kali pergi ke panggung wayang. Tapi semuanya i tengok cite midnight. Akibatnya seperti pagi ini, rasa mengantok yang amat!Padan muka dengan i. Sendiri yang nak tengok midnight. Hahahaha.

Hari Isnin lepas i pergi tengok cerita SALT. LAkonan Angelina Jolie. Fuh! Marbeles ok! Dia memang sesuai la berlakon aksi. Memang la agak tak logik bila seorang perempuan boleh rancang macam-macam dengan begitu teliti dan berjaya dengan rancangannya. Pastu boleh tumpaskan ramai lelaki. Kan macam tak logik tu, tapi takpela. Yang penting cerita tu best.

Masa i nak pergi tengok tu, ada orang cakap dengan i yang cerita ni perlu kita berfikir. Memang betul pun. I memula keliru gak dengan apa yang Everly Salt tu buat. Sekejap macam baik, sekejap macam jahat. Tapi at the end, memang ternyata dia baik. Mungkin la sebab cerita ni pun ada sequalnya. So tunggu jela sambungannya k. Cerita tu memang banyak aksi sebab tu filem tu dalam kategori PG13. Ta[i ada gak part sedih bila suami si Everly Salt tu kena bunuh depan mata dia sendiri. Muka dia memang muka tabah time tu untuk mengaburi mata kuncu-kuncu dia yang jahat tu. Kalau i la, confirm dah meraung guling-guling kat situ! Hahahaha




Next!

Malam tadi i pergi tengok cerita The Last Airbender plak. Nak tengok 3D, kena pergi kat Dataran Pahlawan. I malas nak pergi jauh-jauh. So tengok yang biasa-biasa aje.Cerita tu baru keluar semalam. I dah pernah tengok cerita kartun dia kat tv9. Yelah, adik i yang si kecik tu suka tengok kartun, i pun secara automatik akan terjebak sama. Nasib baik i suka tengok kartun tu. Kalau kat kartun, nama kartun ni Avatar. Sebab watak utama memang nama Avatar. Tapi filem ni panggil Airbender. I rasa ni baru part 1, sebab dalam cerita ni Avatar ni baru belajar untuk guna kuasa air. Sebelum ni dia ada kuasa angin je sebab dia memang dilahirkan dari puak angin.

Avatar ni macam sami yang dilahirkan semula berulang kali. Bila dia mati, dia akan dilahirkan semula. Tapi bila dilahirkan semula, dia kena belajar semula semua unsur iaitu angin, air, tanah dan api. Dan setiap kelahiran dia adalah dari puak yang berbeza. Nak dijadikan cerita, bila si Avatar a.k.a Aang ni diberitahu oleh tok guru dia yang dia adalah seorang Avatar yang akan melindungi semua puak, dia jadi cuak. Tak rela la sebab tanggungjawab besar. So dia larikan diri. Bila dia lari, dia termasuk dalam laut dan hampir lemas. Tapi dia sempat buat bola air untuk lindung diri dia kat dalam laut tu. Dia ingat dia terkurung dalam bola tu hanya beberapa hari, tapi sebenarnya dah satu abad! Katara dan abangnya si Sokka tu yang jumpa bola Avatar a.k.a Aang. So Katara cerita la semuanya pada Aang apa yang berlaku bila Aang takde. Puak Api telah menguasai hampir semua puak. So Avatar kena lindung diorang la kan? Masalahnya Si Aang ni tahu guna kuasa angin je. Yang lain tak sempat belajar, dia dah lari dan terkurung. So bermula la pembelajaran dia. Kuasa pertama adalah Air..









Best la kedua-dua cerita ni. Siapa yang tak tengok lagi, sila la pergi tengok k.

P/S: Lain kali menuntut ilmu biar sampai habis. Jangan nak lari-lari. Kan dah susah..Huhuhuhu

1 maklumbalas:

  1. Pinky Pixie said...:

    nak tgk citer salt. tp xde sape nak teman.. wuhuuu~