Followers

Kes Buang Bayi

Thursday, August 19, 2010
Ramai blogger yang ulas hal ni. Isu ni memang terhangat di pasaran buat masa sekarang. Tapi perasan tak? Benda ni macam bermusim. Bila musim buang bayi, banyak la cerita tentang tu kat tv, paper... Then bila musim kanak-kanak hilang, banyak plak isu tu. Bila musim kes rogol, glamour plak la hal rogol tu. Kan?? Kes bermusim la kita panggil k. Hehehe

Tapi untuk entry ni i cuma nak meluahkan pendapat i tentang kes buang bayi.

Hukuman yang dikenakan pada orang yang buang bayi adalah hukuman mati. Memang berpadanan la sebab dia membunuh so kena la hukum bunuh. Tapi bagi saya la, orang yang terdekat dengan perempuan yang buang anak tu pun perlu dihukum. Tau sebab ape? Sebab diorang tak boleh nak sokong perempuan tu. Contohnya macam ni...

Bila ibubapa tahu yang anak perempuan mereka mengandung anak luar nikah, apa reaksi mereka? Confirm rasa malu yang sangat tinggi! Bila malu, mula la nak marah si anak tu. Maki hamun, pukul memukul semua ada. Macam dalam drama tu. Pengaruh drama sungguh kau ni Sya! Hahahha. Ok, serius! Bila si ibubapa dah terlalu marah, nak menanggung malu dengan jiran tetangga, kaum keluarga, sahabat andai, masyarakat setempat, masyarakat dunia, dan macam-macam lagi... Ada ibubapa yang sanggup menghalau si anak tu. Ada gak yang tidak mengaku itu anak mereka. Memang ada dan tak mustahilkan?? Pernah je berlaku kat drama tu. Ok! Pengaruh drama lagi. Drama queen la!Hahaha

Kebanyakkan yang buang anak ni muda remaja. Bila family dah tak terima, halau dari rumah. Siapa nak menanggung mereka? Diorang nak menanggung diri sendiri pun tak boleh sebab macamana nak kerja dengan perut yang semakin membesar. Kan? Orang pun tak nak ambil bekerja la. Risiko tinggi. So bila diri sendiri pun tak tertanggung, macamana nak besarkan anak kan? So diorang terpaksa la buang. Lagipun mereka muda kan. Bila berlaku hal yang besar macam tu pada diri mereka, diorang tak boleh nak berpikir secara rasional. Berfikir akibat dari perbuatan diorang tu. Orang yang lebih dewasa pun takde nak guide diorang. So jalan paling mudah adalah dengan membuang bayi tu.

So kat sini kita boleh nampakkan. Peranan ibubapa paling penting untuk bagi sokongan pada diorang. Masyarakat pun sama. Kalau masyarakat boleh terima diorang, tak kutuk family diorang, mungkin ibubapa diorang tak la rasa malu sangat. Tak la sampai kes nak halau anak diorang tu. Betul tak??

Tapi manusia ni, asal yang buruk je, nak keji. Bukan nak bagi elok pun..

Ini sekadar pendapat i je. Ada gak remaja yang tau dia pregnant, terus lari rumah. Takut nak jumpa ibubapa sebab takut kena marah. So macamana orang nak tolong dia kalau dia sendiri lari kan? Kalau kes rogol pun, diorang selalu larikan diri dari masyarakat bila pregnant sedangkan bukan salah mereka. Mereka buang pun mungkin sebab diorang tak ready nak jadi ibu. Yelah. Diorang pun kena rogol, bukan diri sendiri yang gatal cari penyakit.

I selalu berdoa semoga i dijauhkan dari perkara-perkara macam tu. Takut sangat. Kalau benda tu timpa pada i pun, i tak tahu nak buat ape. Confirm fikiran bercelaru. Nak berfikir secara waras pun tak boleh. Pada remaja yang alami masalah macam tu, semoga diorang kuat hadapi dugaan yang Allah berikan ni. Tolong la berfikir secara waras. Jangan la buang bayi tu. Kalau tak nak bela pun, bagi la kat orang lain.

P/S: Semua orang kena fikir hal ni. Mana tahu benda ni terjadi pada diri sendiri or orang yang terdekat pada kita. Please give them full of support n love..

2 maklumbalas:

  1. Queen said...:

    memang patut kene hukuman gantung pun...

    actually memang patut juga kene marah anak2 yang dah terlanjur gini.. tapi bukan dgn halau...patut kurung dalam rumah... dan dari situ slow2 ajar dia..

    semoga dia faham..haih..susah2...

    tapi baby semalam yang ken buang tu memang comel gila....