Followers

Jangan biarkan kuasa menguasai diri..

Tuesday, August 03, 2010
Assalamualaikum..ehem, baik plak ^_^

Lama dah tak online. Terlalu sibuk dengan tugas harian sehingga tak sempat nak online. Harini balik malam lagi. Badan memang tak rest. Tapi takpela. Dah tugas..

Sepanjang beberapa hari tak online ni, banyak hal yang berlaku. Tapi ada 1 benda yang i belajar dan nak share dengan uols...

Ni semua berkenaan dengan kuasa dan pangkat. Bila kuasa dan pangkat menguasai diri, orang boleh jadi lupa diri. Lupa asal diri dia dulu. Lupa yang dia pun pernah berada di bawah tanpa kuasa, sebelum naik ke atas dan punya kuasa. Hilang pertimbangan dan tak boleh fikir secara rasional kerana kuasa. Kerana kuasa juga, putusnya tali silaturrahim. Semua bermasam muka antara satu sama lain. Kerana kuasa, mula dibenci orang lain, hilang rasa hormat.

Macam-macam lagi yang berlaku depan mata i ni bila kuasa menguasai diri seseorang. I cuma berdoa, bila suatu masa nanti, jika i berkuasa, i taknak kuasa tu menguasai diri i. Kang tak pasal-pasal buat gelak dek orang je. Orang pun takkan suka kat i lagi lepas tu...Kan??

2 maklumbalas:

  1. manusia boleh jd lupa diri disebabkan kuasa :)

  1. chenta said...:

    yesza..tepat sekali..