Followers

Al-fatihah untuk arwah makcik saya...

Monday, August 16, 2010
Tanggal 16 Ogos 2010 bersamaan 6 Ramadhan 1431 Hijrah, makcik saya iaitu kakak ipar emak saya telah meninggal dunia disebabkan sakit darah tinggi..

Sehari sebelum puasa, saya balik rumah my parents. Masa tu my mum bagitahu yang arwah makcik saya ni koma. Pada petang 6 Ogos, dia pengsan dan hampir jatuh tetapi sempat disambut oleh suaminya. Arwah terus dibawa ke Hospital JB disebabkan bacaan darahnya terlampau tinggi iaitu 200lebih. Lehernya ditebuk untuk saluran pernafasan. My parents pun ada melawat dia cuma i je tak sempat nak melawat.

Hari Ahad lepas, my uncle bagitahu yang bacaan tekanan darah dia dah turun kepada 134 dan keadaan dia stabil. My uncle minta transfer ke hospital Kluang kerana dekat dengan rumah dia. Uncle dan arwah tinggal kat Simpang Renggam. Lagipun bila dah transfer Hospital Kluang,my uncle boleh stay rumah my parents sebab tak jauh pun nak pergi hospital. So arwah pun di transfer ke Hospital Kluang. My mum memang dah lega la time tu sebab tau yang arwah dah ok.

Semalam petang i balik Melaka. Then my uncle berbuka kat rumah my parents. Hari ni plak i dapat msg dari my kazen yang stay Melaka ni bahawa arwah dah meninggal dunia. Berderau darah i. I call my dad. I taknak call mum sebab i tau keadaan my mum. Call dad, tak dapat. Then i call my sister. My sister pun terkejut. Rupanya my sister tak tahu. Tengah borak dengan my sister, my mum call me.

Mum tanya kenapa call. I tanya balik. Betul ke arwah dah meninggal. Mum kata ye. Tapi mum tak sempat nak bagitahu. I paham sebab i boleh tahu keadaan my mum sekarang. Tentu dia sangat sedih dan terkejut. Baru je dapat berita yang arwah dah stabil. Tiba-tiba...

I teringat mum i ada cerita. Masa dia koma, anak dia yang sulong ada dengan dia. Anak arwah dua orang perempuan. Seorang dah belajar kat kolej. Seorang lagi sekolah menengah. Mum cakap dengan anak yang sulong tu. Jangan risau. Arwah insya-allah akan sembuh. Fokus pada belajar.

Then anak dia jawab,

" Belajar bila-bila pun boleh. Tapi mak hanya seorang. Kalau tiba-tiba dia takde??"

Sayu je my mum cerita.

Tadi lepas solat maghrib, i baca Yassin untuk arwah makcik i dan arwah atok i yang meninggal 1 Ramadhan beberapa tahun yang lalu. Tengah baca, tetiba i teringat kata-kata anak arwah. Kalau i berada di tempat dia.. Kalau la my mum dah takde... Hati i jadi sedih sangat-sangat. Teresak-esak i baca yassin. Ni i taip ni pun rasa sedih sangat. I tak sanggup kehilangan my mum. Even i tak rapat sangat dengan dia, compare tu my sister, (adik beradik kami, kami berdua je perempuan), tapi i sedih sangat bila terkenang hal tu. Tak sanggup rasanya nak hadapi benda tu even i tau ajal maut di tangan Tuhan. Semoga kazen2 i tabah menghadapi dugaan ini.


P/S: Al-fatihah untuk arwah makcik i.. :(

4 maklumbalas:

  1. Kazaztan Team said...:

    kehilangan org yg terdekat mmg merentap jiwa raga...al fatihah...

  1. Capo Grande said...:

    Al-Fatihah...sorry for ur loss...

  1. nizamsani said...:

    Innalillah.
    Al-Fatihah.
    Takziah.