Followers

1st day

Wednesday, August 11, 2010
My 1st day puasa...

I berada di umah family kat Johor. I amek cuti sehingga Jumaat. So i berada kat sini sehingga Ahad..Huuu.. Best! Puasa kat rumah, confirm i bangun sahur. Kalau kat umah sewa, mimpi la nak bangun. Huhhu. Bangun sahur pun, dah sedia macam2 atas meja. Mum i la yang sediakan..

Buka tadi pun macam2 ada. Bihun goreng, ikan siakap sweet sour, ikan kari, sayur goreng, telur dadar goreng, air teh O, air laici ais, kuih muih..wah!Macam2 kan? Itula kalau duduk umah family ni. Rasa heaven betul. Nanti i dah balik rumah sewa, erm..tak tahu la ape yang i akan makan untuk berbuka. Tetiba je sedih..Kat sini, macam2 la mum sedia kan. I ngan siblings tetap la tolong dia masak. Tapi dia chef utama. Seronok betul time tu.

Tadi time dah nak berbuka, adik i yang bongsu tu plak buat hal. Lagi berapa minit je, dia dh tak larat. Lemah longlai je baring atas sofa. Panggil dia duduk atas meja, tuangkan air laici kat cawan dia. Tetiba dia minum. Padahal belum azan pun lagi.Hahahah. My mum cepat2 suruh dia keluarkan balik air tu. Adik..adik...Lepas dah azan, dia minum air, makan nasi sesuap. Terus muntah.. Nampak sangat perut dia memang dah masuk angin. Al-maklum la 1st day puasa. Pastu dia tak reti duduk diam. Asyik nak main je. Penat dah cakap, tapi degilkan. Itula balasannya. Tadi lepas isyak, i tanya dia, dah ok ke. Segar je.. Senang hati dia cakap, dah la. Dah makan..Huhuhu..Esok entah macamana plak dia..

Satu Ramadhan juga mengingatkan i pada arwah atuk i. Dia meninggal 1 Ramadhan. Masa tu i sekolah rendah. Tak ingat darjah berapa. I antara cucu yang rapat dengan dia. So bila dia meninggal, i memang rasa sangat kehilangan dia. Sedih, blur, confius, semua ada. Tambah2 i kecil lagi, tak faham sangat. Tapi sekarang memang i rindu kat dia.. Al-fatihah untuk arwah atuk Arron..

P/S: Kalau tak nak balik rumah sewa, boleh tak?? Sedihnya..sob..sob..sob...

3 maklumbalas:

  1. k-girlz said...:

    alfatihah untuk arwah atok u.. salam ramadhan.. ^_^

  1. ...miSS fAi... said...:

    mule2 sonok bace, then rase sedih plak ngn crite arwah atuk u... neway, alfatihah tuk arwah....

    selamat berpuasa ye

  1. chenta said...:

    k-girlz : salam ramadhan juga

    miss fai : selamat berpuasa juga ^_^