Followers

Semut makan kasut!

Sunday, July 18, 2010
Ini kisah real bukan tipu punya.

Semalam petang, tetiba i dengar orang nangis. Bunyi tu datang dari bilik housemate i yang nurse tu. So tanda i prihatin, i keluar la dari bilik i. I jengah bilik dia, rupanya memang dia tengah nangis pun. Nangis sebab semut telah makan kasut dia!Hahahahaha. I gelak je dengar, even dia tengah nangis. Kelakar kot bila dia cakap semut makan kasut dia. Cuba korang bayangkan sekarang. Boleh bayangkan tak? Tak boleh bayangkan takpe, baca je ape yang i taip ni. Hehehehehhe...

I tengok la kasutnya, rupanya dekat kulit kasut tu ada kesan macam kulitnya tercabut. Ada yang besar, ada yang kecil-kecil je. Nak kata anai-anai yang makan, rumah ni takde anai-anai. So dia assume la si semut yang makan. Dia letak kasut tu dalam kotak, mungkin keadaan dalam kasut tu lembab. Tak mustahil la semut duduk dalam tu. Tapi ada ke semut makan kulit kasut tu? Ada rasa manis ke?Hahahhahaha.

Kesian pun ada gak tengok housemate i nangis sebab kasut tu cantik, then dia baru pakai sekali masa dia kursus induksi dulu. Siap ada kotak lagi. Now nak pakai lagi, tengok dah kena makan semut plak. Tak sangka orang boleh nangis sebab kasut. Huhuhuhu.

Tapi bila i dah gelak-gelak, housemate i benti la nangis. Sempat lagi dia buat peribahasa,

"Di mana ada kasut, di situ ada semut"

Hahahahah. Boleh gantikan Karam Singh Walia. Hahahahha. So disebabkan dia sedih sangat semalam, malam tadi i bawa la dia pergi Jusco, Jonker walk. Bagi hilangkan kesedihan. Kasut tu pun dah selamat dia kebumikan dalam tong sampah. BF dia siap la nak bagi pillow case hospital untuk jadikan kain kapan kasut. Pillow case hospitalkan warna putih. Hahahahahahah.. Sian housemate i...

0 maklumbalas: