Followers

Saya hanya insan biasa

Thursday, July 29, 2010
Ye. Saya hanyala insan biasa.
Yang tidak sempurna.
Yang lemah.
Yang sering memerlukan bantuan dan perhatian.
Yang sering melakukan kesilapan.
Yang sering tidak berpuas hati dengan apa yang ada.
Yang sering merungut dengan apa yang terjadi
Yang selalu lupa diri.
Yang sering melukakan hati dan perasaan orang.
Yang memerlukan kasih sayang dan cinta.

Namun saya tetap mencuba
Untuk menjadi yang terbaik walaupun tidak sempurna.
Untuk menjadi kuat dan tabah walaupun lemah dan tidak berdaya.
Untuk belajar berdikari dan menguruskan diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.
Untuk cuba tidak melakukan kesilapan walaupun saya serba tidak tahu.
Untuk menjadi orang yang bersyukur dengan apa yang ada.
Untuk menerima segalanya dengan seikhlas hati tanpa rungutan.
Untuk selalu dekat dengan-Nya dan tidak lupa diri.
Untuk menjadi lebih sensitif dan memikirkan tentang hati dan perasaan orang walaupun saya tidak tahu hatinya.
Yang terakhir, saya mencuba untuk membahagiakan diri sendiri bila sudah tiada orang yang ingin membahagiakan dan memberi kasih sayang kepada saya lagi...

Saya memohon maaf kepada semua jika saya melakukan kesilapan kepada anda. Saya hanya insan biasa......

3 maklumbalas:

  1. ardinihumaira said...:

    dni juga insan biasa... sobbb sooobb

  1. aku juga insan biasa...
    ;)

  1. chenta said...:

    dni dan senandung semalam : sama la kita dni...