Followers

Novel Dewa Cintaku

Saturday, July 10, 2010
Minggu ni terasa sangat penat. Beban tugas yang menuntut i jalan ke sana ke mari. Ditambah pulak macam-macam masalah wujuda dan i terpaksa menanggung kerja orang lain. Letih sangat-sangat sampai Sunshine merungut sikit sebab bila dia call, i selalu menguap. Ngantok.Hehhehe.Sorry ye yunk

Disebabkan keletihan, novel Dewa Cintaku tu i baru dapat habiskan baca malam tadi. Dari Ahad lepas i baca, sampai la malam tadi. Selalunya novel, i akan ambil masa 2 hingga 3hari untuk habiskan. Ni dah seminggu tau. Nak menjahit manik pun takde mood. Gila mencabar minggu ni...

Meh nak cite pasal novel Dewa Cintaku. Novel ni i jumpa masa pergi rumah yunk minggu lepas. Dia tak habis baca lagi, i dah rembat bawa balik. Hahahhaha. Cerita ni ditulis oleh Dilla Hussein. Kakak Faizal Hussein pelakon tu. Novel ni juga melibatkan Rosyam Nor sebagai watak utama dalam novel tu, iaitu Iqbal. Mengisahkan tentang Iqbal yang mencari kakak dan ibu kandungnya yang terpisah sejak kecil. Dalam masa yang sama, dia berjumpa dengan seorang wanita bernama June. June ni jauh lebih tua dari Iqbal dan sebaya dengan kakak Iqbal. Pertemuan mereka mewujudkan bibit-bibit percintaan yang pada awalnya, June menafikan perasaannya terhadap Iqbal. Pelbagai dugaan yang terpaksa mereka tempuh sehingga la mereka berjaya mengikat tali pertunangan. Lagi sebulan nak kawin, Iqbal dan June akhirnya mendapat tahu yang mereka sebenarnya adik beradik!

Wah, suspen kan novel ni? Nak tahu ending, beli sendiri kat kedai, then baca. Heheheh. Tapi memang best la novel ni.

Ni cover depan novel ni. Harga novel ni RM28. Ada 597muka surat.

3 maklumbalas:

  1. Whitey Mommy said...:

    salam sis... mana nak beli novel ni ya...huhu merata dah cari ni...:)

    kalau sis boleh tolong belikan ke...:)

  1. chenta said...:

    sorry whitey mommy...novel ni pun ada org bg i baca..i tak tahu beli kat mana..hehehe

  1. Whitey Mommy said...:

    owh... hehehe tak pe...
    dah beli kat MPH online tadi...:)