Followers

Makna warna bunga mawar

Thursday, July 15, 2010
Bunga Mawar, Bunga Ros.. Sama je kan maksudnya? Kebanyakkan perempuan suka bunga kan? Kalau perempuan merajuk, lelaki bagi bunga je, dah boleh buat perempuan tu tersenyum. Hehehe. I pun macam tu juga... Tapi bunga mawar ni ada banyak warna. Meh kita tengok maksud untuk setiap warna tu..

Warna Merah

Selalunya bunga mawar merah menandakan cinta. Kalau orang bagi bunga merah, mungkin dia cintakan kita tapi dia susah nak cakap. So dia ekspreskan perasaan dia menerusi bunga. Kalau orang dah sah bercinta pun, selalu akan beli bunga mawar merah. Lagi pun warna merah ni kan sama warna dengan hati. Sebab tu ada warna merah hati. Macam warna bunga mawar juga la. Merah juga menandakan keghairahan! Auummm!

Warna Merah Jambu a.k.a Pink

Warna pink pun selalu lelaki bagi pada perempuan yang dia sayang. Tapi ada deep pink, regular pink and light pink. Deep pink, menandakan penghargaan. Regular pink tanda kebahagiaan. Light pink tanda simpati atau kasihan.

Warna Kuning

Mawar Kuning lebih kepada tanda persahabatan. Ada juga orang kata warna kuning ni tanda penolakan cinta. Contohnya kalau kita suka orang tu, tapi kita tak suka dia. Kita bagi mawar kuning. Means kita lebih selesa untuk berkawan je dengan dia.

Warna Putih

Mawar Putih itu tanda kesucian dan kemurnian. Putih memang suci kan?Hehehe. Mungkin kalau orang tu beri mawar putih, dia nak menyatakan bahawa dia sangat tulus hatinya. Kalau bagi mawar merah dan putih, mungkin tanda cintanya sungguh suci dan tulus.

Banyak lagi warna bunga mawar. Tapi yang ni je i nak letak. Hahaha. Kebanyakan info i search dari google. Tapi i olah sendiri ikut pengalaman i. Kalau ada info lain, meh la share.

 Hari tu yunk ada kat rumah time i kerja. I balik, tengok ada bunga dalam bilik. Macam-macam warna ada. Meh i tepek gambar bunganya!


Warna Merah dan Regular Pink



Warna Oren





Kelopak ni tertanggal dari bunga bila dia jatuhkan bunga tu..Huuu..

0 maklumbalas: