Followers

I jatuh tangga semalam!

Monday, July 05, 2010
Entry sebelum ni i kata i nak tulis pasal i jatuh tangga kan? Sebenarnya bukan jatuh tangga pun. Saja je tulis macam tu sebab ada orang kata i jatuh tangga pun, mungkin i akan update kat blog. Hahahaha. Dah nama blogger kan? So pape pun mesti nak update. Blog ni pun dah macam diari. Rite?Heheheh. Takpela nak cakap pe pun. I tak kisah! ^_^

Ni sebenarnya nak cite pasal semalam. I kan ke Shah Alam kelmarin. So semalam i kena balik Melaka semula la sebab hari ni kerja. I dah beli tiket pergi balik sebab senang dan takut tiket sold out. I simpan tiket balik tu dalam wallet i. Tiket balik i ambil pukul8.15malam. So semalam masa nak keluar dari Sunway Pyramid, time tu lebih kurang pukul6lebih, i cari la tiket i tu. Tetiba boleh tak jumpa plak tiket tu!

I dah cari tempat yang i letak dalam wallet tu, takde. I dah selongkar celah-celah wallet tu, takde gak. Handbag semua i bongkar,takde. Beg isi baju pun takde. Memang dah gelabah la time tu. Tapi hati tak berdebar sangat. Tapi risau tetap ada la. Sunshine kat sebelah, dok suruh i cari. I dah sampai tensen sebab tak jumpa. Sampai bustand Shah Alam, sunshine pergi kaunter. Kaunter Transnasional tutup la plak. Takut la tiket sold out. Pergi kaunter bus Cepat, takde gak. Tapi pekerja kaunter tu bagi no hp. Kalau tiket takde, nanti call dia. Pandai la dia nak carikan tempat untuk i dalam bus tu. Sebelum ni dari Shah Alam ke Melaka, hanya bus Transnasional je. Bus Cepat tu baru je buat perkhidmatan macam tu.

Lepas ke kaunter, masuk kereta semula. Sunshine kata kalau takde, nanti dia hantar balik Melaka. Lepas tu sunshine minta wallet n handbag. Biar dia plak cari. Dia kirai satu persatu, akhirnya...dia cakap

"Sayang, ni bukan tiket?"

Hahahahaha!Ada rupanya. Terselit dengan slip bank tu. Heheheh. Patutla i tak berdebar sangat! Sebab tau benda tu memang ada cuma i je tak reti nak cari betul-betul. Tambah-tambah bila dah gabra. Pengajarannya, beli wallet baru, yang banyak partition supaya tak bercampur!HAhahahahaha. Pengsan la kalau sunshine baca ni.

6 maklumbalas:

  1. hooh.. klu tiket-tiket mmg sentiasa simpan kt tmpt senang cari.. ehehe
    klu tak mmg gelabah la klu hilang.. adeh2

  1. chenta said...:

    kain pelekat : huuu ^_^

    miss izah : itula..mmg mengelabah betul

  1. chenta said...:

    kain pelekat : huuu ^_^

    miss izah : itula..mmg mengelabah betul

  1. zaralyn said...:

    Perangai u tu ada sedikit persamaan dgn I... Cepat mengelabah! Ada mata tapi tgk ngan jari... sekian! Hahaha! :D

  1. chenta said...:

    hahahaha..itula..mata letak kat jari tapi tetap tak nampak..haahhaah