Followers

Gastrik bertambah teruk

Friday, July 23, 2010
Ingat tak entry i dulu yang i cakap i sakit perut dan kepala sampai i menangis. Sebab tak tahan sangat sakit. Klik SINI untuk baca semula..

So semalam i sempat jumpa sister kat office i ni. Sister tu means nurse gred U32. Senior nurse la lebih kurang. I cerita kat dia minggu ni je dah dua kali i sakit perut. I cakap i ada gastrik, i sakit macamana dan apa yang i makan sampai sakit perut tu.

Sister kata gastrik ni sebab dinding perut ada luka. Memula i sakit sampai menangis tu sebab i minum teh. Teh bersusu tau. I makan tengahari dan petang tu minum teh susu. Masa tu perut kosong. Sister kata benda tu berangin, so efek pada luka tu la. Then esoknya i makan durian plak. Fuh, bertambah luka la dinding perut i. Sebab tu dua kali minggu ni i sakit perut. Sister suruh i jaga makan. Jangan makan pedas, mesti makan ikut time, jangan makan benda yang boleh mendatangkan angin. I kena jaga permakanan i la.. Huuu.Susahnya.. Tapi takpela. Dari i menanggung sakit tu. Tak tahan tau. Macam ada orang toreh-toreh perut ni..

Tapi yang bestnya, sister kata gastrik boleh baik asalkan i jaga makan. Bagi luka tu sembuh. Bila dah sembuh pun, kena jaga makan. Jangan sampai luka. Bila sakit, kena minum ubat gastrik sebab benda tu boleh balut dinding perut so bila masuk makanan, tak la kena luka tu. Kalau ada ubat pil, pun makan juga..

Kalau anda masih sihat, jaga la kesihatan betul-betul. Jangan jadi macam i :(

3 maklumbalas:

  1. get well soon dear..tkcr

  1. armouris said...:

    info tentang perut berangin di SIHAT SELALU - Masalah Perut Berangin