Followers

Pelesit??

Wednesday, June 23, 2010
Tau apa itu pelesit? I tak la tahu sangat pasal pelesit ni. Tapi orang kata pelesit ni binatang yang menyerupai belalang tetapi ia merupakan mahluk halus. Pelesit ni lebih kepada menghantar "sesuatu" kepada orang. Contohnya kalau ada orang dengki dengan kita dan nak kenakan kita secara halus (ilmu hitam), diorang gunakan pelesit ni. Bila pelesit ni gigit kita or ada pada badan kita, secara automatik kita akan dapat sakit disebabkan ilmu hitam tu. Itu dari apa yang i dengar la. Kalau kita search kat google pun akan keluar takrifan yang lebih kurang sama macam i tulis kat atas tadi.. Kalau nak lebih jelas, sila la google ye. I seram plak nak paste ceritanya kat sini. Nak paste gambar pun takut. Huhuhu

Hari tu i ada pergi pejabat baru. Pejabat tu baru je siap tapi network cabling takde lagi. So i kena incharge bahagian tu la. Time tu i pergi sana dengan 3orang officemate i. Masa dah nak balik, dekat parking kereta, i duduk sebelah driver. Tetiba member i (driver) tu terjerit. Dia terkejut tengok ada something kat seluar dia. Bila dia usir benda tu, rupanya pelesit. I yang sangat alergik dengan binatang/serangga ni tentula tak senang duduk sampai i keluar balik dari kereta tu. Kereta tak gerak lagi. Masih kat tempat parking. I memang sangat geli dengan serangga. Bukan serangga je tapi macam-macam lagi la. Hehehehe. Lepas member i tu halau pelesit tu, pelesit tu melekat kat kereta sebelah. So kitorang terus la balik. Bila sampai pejabat sekarang, time keluar kereta, member i tu nampak lagi pelesit tu kat bonet depan kereta dia. Mulala officemate yang lain dok cerita. Diorang kata pelesit ni ikut siapa la agaknya. So diorang suruh beware sebabnya diorang kata pelesit ni bawa ilmu hitam tu la. Tapi ada gak officemate i yang tak percaya. I sendiri pun tak tahu sangat hal tu. Tapi betul ke??

P/S : Tetiba nak cerita hal ni. Tau la esok hari khamis.Huhuhu.

8 maklumbalas:

  1. Yorke Kun said...:

    jgn smpai digigit sdah..sbb org kate kalu kne gigit,ksan dia mmg ssah nk hilang..dia akan tggal tompok hitam yg bleh mmbesar..tatau la btol x..

  1. Kazaztan Team said...:

    mcm ne rupeye...cam ne nak bezakan antara belalang betui dgn pelesit...

  1. TeD said...:

    hmmm...penah dengar jugak...jin / syaitan boleh menyerupai macam2 bentuk dan rupa... hati2 ye sya...

  1. chenta said...:

    yorke kun : erm..itula..sy tak pernah tgk lg kesan gigitan tu..tp mmg takut la..kot2 mmg benda tu nak hantar penyakit ke pe..sebab benda tu pun mcm saka juga

    kazaztan : dia mcm belalang cuma tak silap sy, belakang kepala dia ada tanda warna merah..kalau search kat internet, ada gak dia bgth cara2 nak bunuh pelesit tu

    ted : ye...itu yg tkt tu..geli geleman pun ada..

  1. k-girlz said...:

    aty2 yer.. kenapalah ada lg org suka buat benda2 mcm ni lagikan di zaman yg serba moden mcm nie.. ish.. masa i kecil dulu ada juga benda ni datang menggangu di rumah i.. coz i masih kecil pagi2 alam mak i kejutkan i dan terpaksa bawa i kuar umah, coz risau kena gigit, mak i cuba guna tektik nak halau dengan membakar cili kering, tapi benda ni makin mengganas lagi dan menggangu jiran2 pula.

  1. yg aku taw pelesit 2 identiti kpd rempit..
    hehhhee

  1. chenta said...:

    k-girlz : semlm mase i bce kat internet, pelesit ni tkt dgn taik besi. so blh guna tu utk bunuh dia. then ada gak kata, cabut belakang kepala dia. kalau ada helaian rambut, itula pelesit. rambut tu rambut tuannya..tp i pun tak la tahu sgt

    senandung semalam : heheeh..ada gak lagu pelesit kota kan/?

  1. biasanya seminggu lebih baru hilang kesan lebam tu. bulan puasa pon ai kena ni. :(