Followers

Kembara Mahkota Johor

Saturday, June 26, 2010
Kembara Mahkota Johor dah jadi acara tradisi setiap tahun. Tapi tahun ni berbeza sedikit berbanding tahun-tahun sebelum ni sebab kembara kali ni Sultan Johor naik keretapi! Sebelum ni Sultan Johor iaitu DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar naik motor besar dan time tu masih belum menjadi Sultan. Time tu masih bergelar DYAM Tunku Mahkota Johor. Kembara kali ni melalui Johor Bahru, Kulaijaya, Kluang and Segamat. Sultan Johor pandu sendiri tau keretapi tu. Kerabat diraja pun join sekali dalam kembara tu. Sesiapa yang naik keretapi tu gak, mesti boleh jadikan catatan dalam diari or blog sebab naik keretapi yang sultan pandu. Huuu.. Bangga oo!


Petang tadi pergi bandar Kluang dengan my sis, memang banyak jalan yang ditutup. Ada kawasan yang lengang dan ada yang jammed teruk. Sis pandai bab-bab jalan kat sini sebab dia selalu balik Kluang. I ni jarang balik. Heheheh. So i drive then dia bagitahu soh ikut jalan yang tak jammed. Bandar memang lengang la. Tak banyak kereta sangat. Orang pun mungkin malas nak keluar sebab tahu akan jammed. Masa nak balik, keretapi yang dipandu Sultan Johor tu dah sampai kat stesyen Kluang. Sis i boleh la tengok, siap soh i drive slow-slow. Tapi i tak boleh tengok sebab ramai orang tepi jalan. Huuuu.. Hampeh je.. Malam ni mungkin kumpulan kembara tu ada kat Kem Mahkota Kluang sebab my dad keja situ. Dia la bagitahu. 


Tapi i sebagai orang Johor dan terutamanya orang Kluang, memang bangga la dengan apa yang Sultan lakukan. Mungkin tahun depan Sultan Johor akan bawa kapal terbang plak kot. Hehehhe. Tapi susah la nak melawat rakyat sebab susah nak cari tempat untuk mendarat.. Huhuhuhu..


P/S : Maaf kalau ada tersalah penggunaan bahasa sebab bila berbicara tentang Sultan ni, bahasa panggilan dan penggunaan perkataan memang berbeza sikit dan i tak biasa dengan tu. Maaf ye..

0 maklumbalas: