Followers

Fadhilat Bacaan Yassin

Friday, June 25, 2010
Hari ni ada bacaan yassin dan tahlil ringkas kat office. Acara ni dah jadi acara bulanan di mana sebulan sekali la. Buat pada hari Jumaat. Sebelum bacaan yassin tu, staff yang conduct bacaan tu bagitahu fadhilat yassin. So i nak share la kat sini..

Rasullulah S.A.W telah bersabda yang bermaksud; Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan, iaitu:-
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi "kenyang". (Nanti bulan puasa, rajin-rajin la baca yassin. Tak la rasa lapar)
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat "pakaian".
3. Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh. (Hah, nanti kalau i takde calon jodoh, i taknak mak ayah i carikan, kena la i selalu baca yassin dan niatkan dalam hati semoga mendapat jodoh yang baik. Heheheh)
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. (Kalau jumpa hantu ke, boleh baca yassin. Itupun kalau lidah tak kelu la)
5. Jika "terpenjara" akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. (Ni memang selalu kita buatkan)
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. (Boleh buat time puasa)
10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar dari pada penyakitnya.
11.Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12.Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya". 13.Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Ni antara yang i dapat la. Ada gak yang i ambil dari internet. Surah Yassin juga adalah surah yang diturunkan di Mekah. Surah-surah pendek, diturunkan di Mekah manakala surah-surah panjang diturunkan di Madinah. Tentunya surah al-Baqarah diturunkan di Madinah sebab surah al-Baqarah tu surah yang paling panjang.

P/S : Hari ni kan hari jumaat. Sekali sekali bagi info pasal agama, baik jugakan? ^_^

1 maklumbalas: