Followers

Tiada Manusia Yang Sempurna..

Saturday, May 22, 2010
'Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

'Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan berbincang bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...'.

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.

'Abang akan mulai dulu ya', kata suami.

Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...

'Maaf, apakah abang harus berhenti ?' tanyanya.

'Oh tidak, teruskan ...' jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

'Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu'


Dengan suara perlahan isterinya berkata,

'Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ...'


Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki. Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita.. 


Fikir-fikirkan la dengan perkara kat atas ni. Perbaiki diri kita dahulu sebelum cuba untuk perbetulkan orang lain. Jangan asyik nak mencari kesalahan orang lain, sedangkan tak sedar kesalahan sendiri. I selalu hadapi benda macam ni. Lagi-lagi dekat opis. Bengang je rasanya, tapi i masih bersabar dan menganggap orang yang macam tu lupa diri..

P/S: I copy semua ni dari FB kawan i iaitu Is. Thanks 4 sharing..

2 maklumbalas:

  1. rizputra7 said...:

    pernah baca kisah nie...tapi apa2 pon tak ada manusia yg sempurna dan terima ler pasangan anda seadanya..

  1. chenta said...:

    ye..saya setuju dgn kamu ^_^