Followers

Tak boleh ke buka lampu time hujan lebat?

Sunday, May 30, 2010
Tetiba title i berbentuk persoalan plak. hahaha. Tapi memang nak tanya pun. Masa hujan lebat, tak boleh ke nyalakan lampu kereta or van or bus or lori anda tu? Lagi-lagi bila drive kat highway. Tak boleh ke buka???

I bukan apa tau. Tadi masa nak balik dari Johor ke Melaka, hujan turun dengan lebatnya dari Yong Peng sampai ke Pagoh. Ni kat highway la ni. Hujan memang lebat sangat sampai pandangan memang terbatas la. Masa tu ramai yang nyalakan lampu kenderaan diorang. Tak kira la diorang bawa kenderaan apa pun. I pun nyalakan lampu kereta i juga. Ada yang siap nyalakan lampu emergency lagi! Tapi ada gak yang tak nyalakan lampu pun! Memang susah ok nak nampak kenderaan yang tak nyalakan lampu tu. Ni bukan sahaja membahayakan diorang sebab orang mudah nak langgar diorang tapi membahayakan orang lain juga tau! Nanti bila orang lain langgar, mula la nak salahkan orang. Tapi dia sendiri tak sedar yang dia membahayakan diri sendiri dan orang lain juga!

Pastu masa hujan lebat ni ramai yang bawa slow la. Sebab risaukan. Takut nanti tetiba emergency break or berlanggat plak. Tapi masa ni gak ada orang lajukan kenderaan sebab orang lain slow. Ambil peluang la katakan! Tapi bahayakan??

Lepas hujan dah reda sikit, masing-masing mula laju balik. Pastu ada dua buah bas. Sebuah lagi rasanya syarikat tempatan dan sebuah lagi dari negara jiran. Macam berlumba plak dua-dua bas ni. Memang laju! I yang bawa 120km/j ni pun diorang boleh potong i tau. So tak tahu la diorang bawa brape laju. Mungkin 130km/j or 140km/j. Tak mustahilkan? Dah la bas dua tingkat tu or i panggil bas double decker. Kalau la i dalam bas-bas tu, mesti tak senang duduk. Risau je rasa bila bas dipandu laju macam tu.

Then ada gak kenderaan yang potong kat line kecemasan. Tak tahu la ape yang dikecemasan sangat tu. Ish..ish.. Membahayakan semua orang..

Alhamdulillah la i sampai ke Melaka dengan selamat. ^_^



Gambar dari Google

P/S: Kalau nak bawa kenderaan dengan laju dan tak nak ikut peraturan, pastikan anda hanya membahayakan diri anda seorang je. Jangan libatkan orang lain!

4 maklumbalas:

  1. Kazaztan Team said...:

    setuju..nak accident...accident sensorang...

  1. chenta said...:

    itula..jgn nk babitkan org lain kan?huhuh

  1. eazlye said...:

    mereka digelar pemandu selfish....

    so berhati2 lar kat jln raya yep...

  1. chenta said...:

    ye..kamu juga k