Followers

Setelah dua hari berinduksi...

Thursday, May 06, 2010
Entry ni diupdate secara langsung dari INTAN TENGAH, KL. Hehehhehehe

Wah, dah 3hari tak update blog. Habis la i punya visitor. Mesti merundum jatuh..Huuu :(

 Takpel. Hari ni ada free sikit. So i nak update la sikit-sikit. I start berada di INTAN ni dari Selase lepas. Memula i kena drive sendiri. Tapi disebabkan i demam yang agak teruk, driver office telah bersedia untuk hantar i ke INTAN ni. Padahal driver pun tak tahu jalan. Huhuh. Google maps pun tak jumpa. GPS office pun tak boleh guna. Akibatnya kami telah sesat di kawasan UM selama sejam.Hahahaha.INTAN ni berhampiran UM,Kolej MAHSA dan PPUM. Kami sampai area situ dalam pukul4petang. Tapi pukul5baru sampai INTAN. Berpusing-pusing. Tanya driver teksi pun, driver tu tak tahu. Pelik betul. Dah la hujan bukan main lebat lagi. Siap ada kilat guruh semua. Last-last pak guard UM gak yang tolong tunjuk jalan.Itu pun dia siap lukis pelan. Hehehhe. Tapi alhamdulillah. Sampai juga akhirnya..Banyak betul dugaan nak pergi kursus ni. Tak tahula kenapa.

Semalam, Rabu, baru start kursus. Tapi start dengan LDK. Hari ni pun LDK. Esok baru start kelas. LDK ok la. Boleh tahan. Tapi ada gak benda-benda yang i tak suka sangat. Bukan i sorang je tak suka, tapi ramai. Pe yang kami tak suka, tak perlu la tahu. RAHSIA!Hehehhe

Hari ni dah start nak kena pikir tugasan. Ada dua tugasan. Tugasan Individu dan Tugasan Kumpulan. Soalan agak sukar juga. Dah la kena bagi jawapan yang sangat tepat dan mesti ada contoh berkaitan dengan office. I pun takde idea lagi nak buat sekarang ni. Tapi kena buat dengan cepat sebab nanti dah takde mase. Nak study untuk exam lagi. Huuuu. Kecewa i..

Tengok contoh tugasan dari batch yang lepas, agak menakutkan la sebab diorang buat details. Siap ada contoh step kat office diorang, ada lampiran dari surat khabar. Lampiran surat-surat berkaitan. Uish..so terpaksa la buat dengan detail juga macam batch yang lepas. Macamana la nak buat ni..Harap-harap i dapat buat dengan terbaik. Yakin Boleh!

Okla. Tu je kot nak update. Nanti i update lagi k.. Daaa ^_^

3 maklumbalas:

  1. un_sign said...:

    alah sya biasalah LDK.tapi kan time ldk lah kiter leh enjoy..kenal rapat dengan orang taw...u punyer cam kelas xpack..bestnyer..

    dulu ai kene kat ikhwas tue pack giler~xder masa nak relax2

  1. Dangelion said...:

    wish u good luck..ok...yg penting exam tu study ebebtul..kang tak lulus payah jugakla

  1. chenta said...:

    un sign : kelas mmg tak pack. mlm free tp lame sgt tau...

    dangelion : ye..dh berdebar utk exam..thanks..