Followers

Pet??

Sunday, May 02, 2010
Pet yang i maksudkan pada title entry ni adalah haiwan peliharaan. Dari kecil, i teringin sangat nak bela kucing. Tapi my mum tak bagi.  Lagipun adik bongsu i ada semput/asthma. So memang tak boleh terdedah pada habuk sangat. I pun pendam la keinginan i sampai i sebesar sekarang. Eh, boleh kan guna ayat sebesar sekarang? Hahahahahaha

Hari tu i dengar Fly FM. Agak lama juga, maybe minggu lepas kot, before i ke Bandung. Topiknya bukan la pasal Pet. Tapi pasal perkara yang agak cuai la. Then ada la seorang caller ni. Dia ada bela hamster.Teringat plak officemate i. He is chinese man. Dia sebut perkataan BELA tu like pretend in english. Macam membela diri. Pahamkan ayat i?Hehehehe. Bila i cerita dengan dia pasal i nak bela pet, i selalu betulkan sebutan dia..hehehhe.

Ok, back to the story! Caller tu cerita yang dia ada bela hamster. Rumah dia takde aircond. So bila cuaca panas dan dia rasa hamster dia pun panas, dia simpan hamster dia dalam peti sejuk untuk beberapa minit. Agak pelikkan? Tapi itu la yang dia buat. Then one day, she did the same things to her hamster. Tapi kali ni dia boleh terlupa. Dia biarkan hamster dia dalam peti sejuk then dia keluar. Keluar untuk masa yang agak lama. Bila dia kat luar, tetiba baru dia teringat hamster dia dan dia cepat-cepat balik. Nasib baik hamster dia tak mati. Tapi sangat kesiankan? Mesti hamster dia kesejukan. Huhuhuhu...

I tak boleh bela hamster sebab i macam geli. I tak boleh tengok hamster yang masih baby tu. Nanti semua bulu roma kat tangan dan leher i meremang. Eeeee..geli sangat! Tapi i tak geli dengan hamster yang besar!hahahaha. Tapi takkan nak bela yang besar. I mesti nak bela haiwan dari haiwan tu kecil lagi. Baru bestkan?Huhuhuh

 Yang ni la i geli ni..

Yang ni lagi geli..Meremang bulu roma..eeeeee

Yang ni comel. Tak geli sangatt.Heheheh

Yang ni pun comel..Hehhehe

Now i duduk bujang bersama housemates yang dua orang tu. So i dah boleh la bela kucing kan. Sebab diorang tak alergik kucing. Tapi i plak takde masa. Selalu kursus ke sana sini. Bulan ni je hampir sebulan i kursus. So siapa plak nak jaga kucing i kalau i bela kan? Terpaksa la i pendamkan je hasrat i tu. Tak tahu la sampai bila baru i boleh bela kucing.

Owh, jangan renung i macam tu!I jatuh cinta ♥

Dari kerana mata....yang memberi kuasa.. owh..aku tergoda..aku tergoda...




Sekarang ni i bela ikan je. Ikan puyu dan ikan keli.Hehhe. I tau i bela ikan yang takde value sangat dan tak cantik. Tapi sangat senang nak jaga!I selalu takde kat rumah.So kalau tak tukar airnya dalam masa dua minggu pun tak pe. Then ikan-ikan jenis ni tak perlukan filter pun. Hehehhe.Kan sangat senang tu. Kalau minggu tu i ada kat rumah, so i akan tukar airnya dua kali seminggu. Kadang kala bergantung pada airnya. I tak suka sangat tengok airnya kotor dan keroh. Mesti i nak cepat-cepat tukar.

Nanti i akan pindah office baru. So rasa macam nak bela guppy fish plak kat office baru tu. Ikan tu pun senang nak jaga gakkan? Lagipun ikan tu cantik sikit. Hehehhee..



 Cantiknyaaa!!

12 maklumbalas:

  1. AiZ said...:

    baby hamster tak comel pulak kan?.. :P haha..



    u taknak komen entry i ke? hikhik.. klik kuat-kuat kat sini >>DUNIA LUAR SEORANG BLOGGER YANG NAK TEGAR



  1. Cik Awynn said...:

    ikan tak boleh peluk2 la dear.. kalau kucing. boleh peluk. boleh main2 dgn dia. hehehe :)

  1. chenta said...:

    baby hamster tak comel..tp geli!hehehe

  1. chenta said...:

    itula..tp i takde mase kat umah sgt..cmne nak bela kucing..huhuh

  1. Dangelion said...:

    bela rabbit..serius. tak manja sgt..tak mahal sgt maintainance.

  1. chenta said...:

    tp rabbit najisnya busuk..tamo!kawan i nk bg free pun i taknak..huuu

  1. Dangelion said...:

    najis kuchen lagi busukkk laaa....i dah bela dua2 tau..dah tahu rasanya.huhu

  1. chenta said...:

    eh, u bela kucing n arnab?seronoknye!

  1. Dangelion said...:

    tinggal arnab je, kucing dah return to her previous owner..sbb tak larat jaga..huhuuh

  1. Dangelion said...:

    najis kucing ranking nombor 1 busuk.

  1. chenta said...:

    ye?ooo..br tau