Followers

Cinta Tiga Segi

Wednesday, May 12, 2010
Cube tengok entry bawah.. I letak lagu menyesal..Sekarang i memang suka sangat dengar lagu tu. Tak tahu la kenapa. Tapi sebelum tidur, wajib dengar. Hehehhe. Sebelum ni i jarang tengok tv. So jarang la tengok iklan cerita Tasbih Cinta yang guna lagu Menyesal ni. Sekarang time kursus, katil i depan tv. So memang mengadap tv la tetiap hari. Sambil mengadap lappy ku juga. Hehehhehe.

Bila dah tengok iklan Tasbih Cinta tu banyak kali, terjatuh hati plak dengan lagu Menyesal tu. Tapi lagu menyesal tu lagu sedih. I dah la tengah mood happy,bunga-bunga cinta, taman dalam hati ni. Hahahaha. Dah mengarut plak. Tajuk entry nak cerita lagi..

Bila tengok lirik lagu tu, boleh tengok kat entry sebelum ni, macam cerita cinta tiga segi plak. Bila lelaki tu perkenalkan gf dia pada kawan dia, last-last gf dia bersama kawan dia plak. So macam frust la lelaki tu. Macam cinta tiga segi la kan???

I memang tak faham kenapa wujudnya cinta tiga segi ni? Kenapa la orang nak ambil gf or bf orang lain. Memang la diorang tak kahwin lagi, tapi kenapa nak mengganggu hubungan orang? Kenapa nak berebut seorang perempuan atau lelaki? Ish..i setakat ni masih tak terlibat la dalam cinta tiga segi dan minta sangat-sangat supaya i takkan terlibat dengan cinta macam tu sampai bila-bila. I tau cinta itu buta. Kita takkan jangka dengan siapa kita akan jatuh cinta. Tapi cinta tu boleh dihalang. Perasaan pun boleh dibuang pada peringkat asal. Kalau dari mula u tau dia tu partner orang lain, kenapa nak biarkan gak perasaan tu supaya terus hanyut pada partner orang lain? erm...tetiba i emo plak. Huhu. I bukan nak cakap sesiapa pun. Banyak dah hal ni berlaku sekitar i. Berlaku pada kawan-kawan i. Lagu pun banyak je lagu cinta tiga segi ni..

Ada sesiapa yang involve dengan masalah macam tu? Nak share?Heheheh..I cuma nak tau kenapa benda tu boleh berlaku. I sendiri tak tergamak nak ada perasaaan pada partner orang lain sebab i meletakkan diri i dalam diri orang tu. Kalau sekarang kita ambil hak orang, mungkin suatu hari nanti, hak kita itu, akan diambil orang. Hidup ni macam roda.. Semua orang akan merasai pengalaman yang hampir sama. Cuma cara merasai tu je yang berbeza...Kan?

P/S: Ramai orang kata i ni macam ade 6th sense je. Even diorang tak cakap, i dah boleh teka. Teka dengan tepat. Tapi ye ke ek? Huhuhu.. Alhamdulillah kalau ada ^_^

9 maklumbalas:

  1. BudakHitam said...:

    cinta tiga segi banyak sebab dia...ada yang teringat cerita lama..ada yang just mulanya berkawan but in time..sangkut gak..semu terletak pada individu tu sendiri

  1. chenta said...:

    itula..i tau gak hal tu..cume i mcm tak suka sgt la..tp tkt gak itu yg berlaku dlm idup i..minta dijauhkan la..huuuu

  1. Redbloodsnow said...:

    x suke terperangkap dlm cinta tiga segi, tuh bila tauk ex bfs dulu main kayu tiga...terus putuskan tanpa mahu bg 2nd chance..hehe

    btw, lagu menyesal tuh mmg feel gle :)

  1. Chiko AzreeN said...:

    BudakHitam : betul tu .. memula kawan … share masalah, mintak pendapat, last-last sangkut WTF laaaa

    Redbloodsnow : patot laa putuskan saje.. coz peluang kedua tu takkan same dengan pengalaman yang pertama .. Kite akan sentiasa ingat ape yang dia dah buat …

    Chenta : Sis .. dah dua kali I hadapi bende cam ni .. Dah penat ! Sangat penat .. imposible laa kalau duk dendiam kite tak ingat bende dulu-dulu. Sakit WooOoo.. cemana pun I bersyukur sebabkan bende tuh .. I mengurus seketika wahahaha dan I jumpa dengan patner yang skarang ni :) . amin … saying dia sangat! xoxo

  1. chenta said...:

    chiko reen : wah.ade pengalaman. ptt la komen panjang!siap membalas komen org lain..hehehehe..takpela sis..setiap ape yg berlaku ada hikmahnye. sis pun bersyukurkan sbb benda tu berlaku?means sis dpt hikmah yg baik.. ^_^

    Redbloodsnow : Uish..betul gak tu red..jgn diberi peluang pd org yg mcm tu!

  1. merahjamboo said...:

    hurmm..mmg kejamlah sebenarnya sapa yang sanggup buat macamtu..kalau time cintan-cintun takpe lagi..tapi kalau dah kawen n beranak pinak nak bersegi-segi lagi..isk isk

  1. chenta said...:

    tp ade je kan mcm tu?tak kira lelaki atau perempuan..smpai bercerai berai la..

  1. Dangelion said...:

    bukan ambil hak dear..kekadang ada waktu susah nak halang rasa cinta tu, buanglah bagaimanapun, deletelah sebolehnya, tetap tak hilang, mungkin sebab pengalaman atau memori kita dengan dia sangat hebat, jadi nak lupa nak buang tu susah, walaupun tahu yang dah ada partner ke apa ke.

  1. chenta said...:

    erm..kalau nak ingat, nk rindu mungkin tak slh.tp kalau nak berpartner dgn org yg dh mmg ade partner tu yg tak best tu...i tau semua tu perasaan. i pun pnh suke pd partner org,tp i cpt2 buang perasaan tu. nk seribu daya,tak nak seribu dalih..