Followers

Cantik di sini, di sini dan di sini....

Tuesday, May 18, 2010
Title entah pape je kan?Hahahah. Tapi ada i kisah? Yang penting ceritanya kan? :P

Pagi tadi kelas dasar kerajaan. Tapi lecturer yang ajar tu ada selitkan hal-hal lain. Itu standard la kan. Kita kalau cerita pun banyak pusing-pusing. Bukan cerita satu topik je kan? Macam tak biasa plak. Huhuhu..

Lecturer tu sentuh tentang kecantikan. Dia bagi pendapat tentang cantik. Cantik luaran tu penting sebab itu yang kita akan tengok bila jumpa seseorang. Tetapi yang paling penting, perlu cantik di sini, di sini, dan di sini. Di sini yang dia sebut tu adalah otak a.k.a kebijaksanaan, mulut, dan hati.. Kalau paras rupa kita elok cantik, putih gebu, badan solid tapi kalau takde ilmu, mulut suka cakap bukan-bukan, maki macam-macam dan busuk hati, tak guna langsung kecantikan luaran tu. Langsung tak berguna! Malah luaran yang cantik tu akan jadi busuk dan buruk..

I pun bersetuju dengan lecturer tu. Dalam berkawan, i tak kisah sangat rupa paras orang tu. Tak kira la kalau dia tak cantik, tak ensem, tak sedap mata memandang sekali pun. I tetap terima je dia sebagai kawan. Yang penting perangai mesti elok. I tak suka kawan yang menyakitkan hati i je. Rasa tak senang je bila dengan dia. Maafla kalau ada yang terasa tapi itula kenyataannya. I ni pun tak cantik. Baik pun tak la. Tapi i masih menjaga diri i supaya orang tak benci i..

Lecturer tu cerita pasal anak-anak dia. Anak-anak dia ada yang putih macam isteri dia. Ada yang hitam manis macam dia. Huhuhu. Dia yang cakap k. Bukan i yang taip ikut suka. Then dia cakap dekat anak-anak dia yang hitam manis tu..

"Takpela kalau kita hitam manis, tak putih or tak cantik. Tapi biarla kita ada ilmu yang tinggi, mulut yang tidak mengatakan benda tak baik dan hati yang tulus, baik, tak busuk hati. Kerana itu yang akan buat kita jadi cantik secara automatik"

Pastu dia cakap lagi kalau orang tengok kita cantik, pastu terpikat nak kawan dengan kita, tapi bila kita cakap dengan dia, kita plak takde ilmu sangat. Banyak merapu dari cakap benda yang ada faedah. Tambah lagi mulut plak suka cakap bukan-bukan, mencarut je lebih, dah tentu orang meluat dengan kita dan tak nak kawan dengan kita lagi..

Betulkan apa dia cakap? I memang setuju sangat. So pastikan anda cantik di sini, di sini dan di sini! ^_^

4 maklumbalas:

  1. amar haziq said...:

    dua2 pun penting..luar dan dalam;)

    jenguk2lah blog saya k
    http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

  1. chenta said...:

    ye..dua2 mmg penting tp di dlm sgt penting kan?

  1. zaralyn said...:

    Setuju dgn entry ini! Vote for sya! :)

  1. chenta said...:

    yes...thanks sis sygs!