Followers

Semerah Cinta Stilleto

Monday, April 19, 2010
Sabtu lepas i telah menonton cerita ini kat Sunway Pyramid. I ambil tayangan kul930malam. Tak ramai orang pun dalam panggung untuk cerita tu. Cerita lain sangat ramai!

I memula sangat teruja untuk tengok cerita ni.. Tapi hasilnya, bila keluar panggung, i tak rasa apa.. Partner yang menonton sekali pun kata cerita tu biasa saja dan tidak meninggalkan kesan dalam hati. Huhuhu.. Sorry to say la, for me, cerita ni biasa-biasa sahaja.. Macam rugi pun ada tengok cerita tu kat wayang. Huhuhu..

Kalau dari 5bintang, i bagi 2bintang je kot...Ending dia tak menarik sangat. Bagi i cerita Im Not Single gandingan Farid Kamil dan Lisa Surihani itu lagi best kot dari cerita ni. Tapi ini pendapat i la. Orang lain, i tak tahu.. ^_^

Bagi yang bercadang untuk menonton filem ini di pawagam, ini sinopsisnya secara ringkas.




Filem:
Semerah Cinta Stiletto

Dibintangi oleh:
Farid Kamil, Lisa Surihani, Cat Farish, Nanu Baharuddin dan Shaharudin Thamby

Genre:
Komedi Romantik

‘Semerah Cinta Stilleto’ mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.
Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.
Kehidupan mewah Stila bagaimanapun tidak membawa sebarang erti kerana kebahagiaan yang dicari tiada dalam keluarganya. Percintaan bermula apabila stiletto merah milik ibu Stila, Datin Fairuz (Nanu) hilang dan pencarian tersebut membawa episod cinta kedua pasangan muda ini. Namun, percintaan kedua pasangan ini terputus di tengah jalan kerana perbezaan latar belakang.


P/S: Tengok cerita ni buat i rasa nak beli heels merah juga!Look so sexy!Huhuh

3 maklumbalas:

  1. p i j a h said...:

    bagus. tengs sha...

    kwn aku nak sgt tegk cite ni.

    nasib baek aku berkeras taknak tgk.

    muehehe.. dah serik nga I'm not single yg mcm Tuuuuttttt!..

    uhuhuhu

  1. chenta said...:

    hehehe..im not single ok lg sikit kot..hehhee..tp itu depends pd org la...

  1. chenta said...:

    hehehe..im not single ok lg sikit kot..hehhee..tp itu depends pd org la...