Followers

Sate Kampung Jawa!

Sunday, April 25, 2010
Sate or satay ye? Belasah je la!Hahahahha

Sejak i tinggal kat Melaka ni, i memang banyak try makanan kat sini. Pergi sana sini untuk try makanan. Kadang-kadang sampai ke muar i pergi sebab nak cari mee bandung yang sedap! Sampaikan kawan-kawan i cakap

"Kau ni. Semua tempat kau dah pergi makan ek? Tau je kan."

Hahahaha. Tapi tak semua tempat yang i dah pergi makan. Macam sate celup, i pernah makan kat Kota Laksamana je. Kat Pulau Gadong belum lagi. Hehehe. Ada sesiapa nak bawa i ke sana? Dulu i memang blur pasal sate celup. Ingatkan sama je macam sate yang biasa tu. Rupanya lain. Kuah je sama. Dan sate celup ni, kat meja masing-masing siap ada dapur untuk panaskan kuah sate tu. Susah nak cerita tapi cuba la sendiri. Tapi kebanyakkan kedai sate celup ni cina. So pandai-pandai la cari kedai melayu ye. I tak suka sangat sate celup ni. Huhuhu..Eh, melalut plak cerita...

I dah lama nak makan sate kat kampung jawa sebab ramai orang kata sedap. Tapi kedai ni buka pagi dan biasanya pukul 12tengahari dah tutup. Weekend selalu tutup awal sebab ramai orang datang dan sate habis cepat. So i selalu tak berkesempatan nak pergi. Hari weekday plak i kerja kan. Jauh plak kedai tu dengan office i. Tak dapat la nak pergi..

Jumaat lepas, i telah mengerah mengajak kak Nora untuk teman i ke bank then ke Money Changer. I takut untuk pergi sorang k. Lagipun lepas tu kak nora minta i hantar dia balik rumah sebab dia nak ambil motor dia. Kenapa dia nak ambil motor dia?Panjang ceritanya. Kang kene buka entry lain. Hahahaha

I tukar money changer tu kat kampung jawa. So lepas tukar duit tu, kak nora tanya, nak makan sate tak? I plak tetiba teringat yang i memang dah lama sangat nak makan sate kat kampung jawa tu. Memang dah lama teringin! Tapi buka ke kedai tu sebab masa tu dah pukul1lebih. Kak nora kata, try je tengok. So i pun drive ke sana.

What a suprise! Kedai tu masih buka lagi! Memang i bernasib baik la that day walaupun pagi tu i bengang tahap cipan! Rujuk ENTRY INI....

Walaupun time tu dah kenyang dan teringat yang nasi lemak beli pagi tadi tak makan lagi, tapi disebabkan dah lama sangat teringin, so makan juga la. Hehehhehe. Sate dia sedap juga.. Tapi i makan sikit je. Kenyangkan.. Then tak dapat nak try rojak dia. Nampak macam sedap je. Takpela, harap-harap lepas ni akan ada peluang ke sana lagi.. Amin ^_^


Dari dalam kedai. Ada tempat duduk kat dalam dan kat luar. Sini ada tiga kedai. Untuk sate, cendol/abc, dan rojak/nasi/sebagainya.


Ini Kak Nora. Peneman makan untuk hari itu.hahaha


ABC ni saya punya

Cendol itu kak nora punya

Ada sate ayam, lembu, kerang, perut dan hati



Kuah dia..

So lepas ni, uols boleh try ye.. Sate Kampung Jawa. ^_^

P/S: Baru i perasan. Blog i ni dah lama tak cerita pasal makan. Hhehehehe

3 maklumbalas:

  1. Dangelion said...:

    sate situ mmg sedap

  1. hikhik.. br pas mkn tadi.. wah bes giler...