Followers

My Favourite Sport

Monday, April 05, 2010
Wah!Tajuk Instant Cash Blogging this week membuatkan i buka-buka folder lama dalam laptop. Buka album-album kat FB sebab nak carik gambar i bersukan.Hehehehhe. I sebenarnye banyak join suka. Macam diploma dulu banyak main bowling, degree pun sama. Time kerja banyak pada badminton n futsal plak. So tak tahu la pe sukan kesukaan i. Sebab semua sukan i suka. Boleh gitu?Hahahha.

Lagipun asalkan sukan tu happening, then boleh mencapai matlamat utama iaitu mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan, i buat je la. Betul tak? Tak rugi pape pun..Memula lepas sukan, memang akan letih, sakit-sakit badan, tapi lepas tu, kita akan rasa otak kita free, hilang stress, hubungan dengan kawan-kawan pun makin eratkan? Lagipun untuk mempunyai badan yang sihat, selain menjaga pemakanan, kita juga perlu bersenam dan bersukan. Doktor pun akan saran benda yang sama k!

Time bersukan la, kita nak bergembira dengan kawan-kawan kita. I jarang bersukan seorang, selalunya dengan kawan-kawan la. Baru syok dan happening!Dekat opis, takde masa nak bersuka ria dengan kawan-kawan kan?Time sukan la boleh bersuka ria. Jerit-jerit kalau main futsal. Hehehe..

Meh tengok gambar-gambar i join sukan!

Ni masa larian merentas desa time i degree dulu. Pepagi lagi dah bangun bukan excited nak join tapi kene kerah dengan ketua floor.Hahahah.

Baju i seorang je lain kan?Sebab orang tertinggal baju kolej kat umah parents. Terpaksa la nampak pelik time tu.Hahaahahah...Takpela.. Janji i dapat join larian tu.Seronok!

I banyak pergi main bowling dengan member-member. Time diploma i ada join tournament. Masa tu time i pakai baju merah, tapi gambar-gambar tu semua dalam external hard disk i. External hard disk tu plak tak boleh buka. Sedih!
Gambar main bowling dengan member-member kursus pun tak tahu kat mana. Maybe kat blog lama i ada kot. Masa tu main kat Alamanda
Gambar kat atas ni, masa main bowling kat Alamanda. Masa tu i dah berhenti belajar kat UPM. So kira menghabiskan masa terakhir i bersama kawan-kawan. Memang happening tapi at the end sedih la sebab i akan berpisah dengan diorang.


Ni masa tournament badminton kat jabatan + training badminton petang-petang. Main badminton ni dah jadi macam rutin plak. Setiap Isnin dan Rabu petang, i dan member-member akan pergi main badminton. Setiap minggu macam tu. Bila ada jabatan lain ajak lawan, kami on je. Sebab petang-petang dah training kan. Tapi i tak la terer sangat pun. Terer sorak je!Hahahha. Tapi yang penting i bersukan k!

Tapi, tak kira sukan apa pun yang kita buat, kita mesti akan berpeluh kan? Bowling tu even kita main secara indoor, tapi boleh mendatangkan peluh tau! So untuk menghilangkan bau badan akibat peluh tersebut, boleh la guna set produk Adidas seperti gambar di bawah ni!



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

4 maklumbalas:

  1. Azuan said...:

    merentas desa? last aku join masa form 1 kot hahaa

  1. chenta said...:

    hahahha..tak igt la larian desa or larian universiti..hehehe

  1. Cik Nurul said...:

    merentas desa???paling tak suka hahaha

  1. chenta said...:

    tak suka pun kne join gak..point utk terus duduk kolej..huuu