Followers

Memaafkan..

Tuesday, April 20, 2010
Lazimnya bila kita melakukan kesalahan, mudah aja untuk kita meminta maaf. Bagi saya la. Tapi saya pasti ramai juga yang mudah untuk menyatakan maaf even ada segelintir yang sangat sukar untuk meminta maaf walaupun kesalahan tu jelas menunjukkan yang dia bersalah. Sebagai contoh, bila di tempat sesak, kalau saya terlanggar orang, mudah je mulut ni keluar ayat "ops.sorry!" Then kalau terlukakan hati sesiapa tanpa saya sedar, saya juga akan menyatakan maaf walaupun kadang kala saya tak pasti apa kesalahan saya sebenarnya. Tapi kata-kata maaf tu memang ikhlas dari hati dan menyatakan kesungguhan saya supaya orang tu memaafkan saya... Kata "maaf" itu sendiri melambangkan penyesalan kita dengan apa yang terjadi..

Tapi...

Sebaliknya pada orang yang memaafkan. Memberi kemaafan bukan suatu perkara yang mudah. It's not easy like say abc..  Walaupun mulut kita kata kita dah memaafkan orang tu, tapi kita mesti akan ingat perkara tu. Lagi-lagi kalau perkara tu betul-betul melukakan hati kita. Yang memberi kesan mendalam dalam diri. Perkara tu boleh menjadi ungkitan dikemudian hari even maaf telah diberikan. Itu memang biasa, saya rasa la. Kita bukan la nak menanam dendam di dalam diri, cuma itu menjadi kenangan yang kita akan kenang.

Sangat susah nak cari orang yang boleh lupakan perkara yang menyakitkan dalam diri dia macam tu je. Kalau kesalahan tu melibatkan duit, lagi orang susah nak lupakan. Kan? Ternyata tidak mudah menanamkan sikap ikhlas dalam diri untuk memaafkan orang lain..

"Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!"

Human is not perfect but human can try to be perfect!Right?

Setiap orang akan melakukan kesalahan. Dan kita perlu memaafkan, tetapi bagaimana kalau kesalahan tersebut adalah kesalahan yang berulang? Susahkan untuk memberi maaf ni?

P/S: Sangat susah untuk menilai hati...

14 maklumbalas:

  1. nabilah_2908 said...:

    ya..memang mudah meminta maaf...tapi bila memberi kemaafan tu yg payah.. :)

    4 me..if ada yg buat salah besar, I boleh maafkan org itu..tp tuk lupakan apa yg pernh dia buat...erm..tak boleh rasanya..huhu..;)

    slm kenal dari nabilah..(^_^)

  1. Mr Rulez said...:

    betui 2..nk cakap sori mmg senang sgt2..tp sjauh mn eklas nya dia ucapkan 2..

    ag 1 klu asyik ckp sori jer..dah boleh tau dlm dri dia mmg jnis suka mlukakan ati org..

  1. chenta said...:

    nabilah : salam kenal juga ye..
    kita bukan berdendam tp kita mesti akan igt juga apa yg dia dh bt pd kita..bukan sng utk memaafkan dan melupakan mcm tu je..kan?

    mr rulez : itula yg ssh kita nak nilai.sama ada org tu betul2 ikhlas atau sebaliknya..erm..susah nak menilai hati..

  1. un_sign said...:

    ai yang kejauhan ,

    nak maaf? opss sori. nak cakap bende tue pun payah nie kan nak maafkan orang or katakan maaf..

    tapi selalunyer mesti akan kiter katakan even bukan salah kiter.Tapi ai leh x berdendam bila orang buat kiter, then xpernah minta maaf...jaat kan..

  1. chenta said...:

    ikut suka hati..semua terpulang pd individu

  1. siput_uda said...:

    forgive is easy but to forget..hmm..

  1. chenta said...:

    yes..i agree...erm..

  1. chenta said...:

    yes..i agree...erm..

  1. siput_uda said...:

    but sometimes..just forgive and forget.. mungkin tu yang terbaik..hehe

  1. chenta said...:

    kan bukan senang nak forget

  1. Bintang D'hati said...:

    Tpulang pd yg meminta maaf..kalau just minta maaf utk elak kena marah tp xpnh rasa bsalah/dia je btl...hmm memang sesuwai ku libas ngan tiang letrik tanpa memberi surat amaran...buley? :-D

  1. chenta said...:

    buley sis dd...suke hati mu..tiada siapa yg mrh..eheheh..

  1. zaralyn said...:

    Xde button 'like' pulak utk entry ni kann! Hehehehe! Apa pun I loikeeee!! Yes, true, hanya org yg disakiti tu saja yg tahu bagaimana rasa nya. :|

  1. chenta said...:

    zaralyn : sis...hehehe..takde la button like mcm kat fb tu :P

    sy tidak pandai berkata-kata pun sis..kadang2 je terkeluar bakat terpendam itu..haahha..terima kasih "u loikeeee!!"hahahahah