Followers

Date Night

Monday, April 19, 2010
Ok. cerita ni i tengok semalam kat The Summit. Cerita ni lebih menarik dari cerita Semerah Cinta Stilleto tu. Huhuhu. Dari 5bintang, i bagi 3.5bintang. Hehehhe.. Ada kesan dalam hati bila keluar dari panggung...
So sesiapa yang belum pernah tengok lagi, pergi la tengok k ^_^


Filem:
Date Night

Dibintangi oleh:
Steve Carell, Tina Fey, Taraji P. Henson, Common dan Mark Wahlberg

Genre:
Komedi Aksi

Filem ini mendapat sentuhan pengarah yang sama untuk filem ‘Night At The Museum’ iaitu Shawn Levy. Ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Phil (Carell) dan Claire (Fey) yang ‘terperangkap’ dalam kehidupan rumah tangga yang semakin membosankan. Kehadiran anak-anak seolah-olah memisahkan mereka kerana selain sibuk dengan kerjaya, Claire juga sibuk menguruskan anak-anak.

Jadi, untuk menyemarakkan rasa cinta di hati mereka, Phil dan Claire akan mengadakan satu janji temu makan malam sekali dalam seminggu. Bagaimanapun, lama-kelamaan rutin itu juga makin membosankan. Setiap kali berjanji temu, mereka akan melihat pasangan-pasangan lain dan cuba meneka apa yang dibualkan oleh mereka.

Babak-babak permulaan filem ini cuba memberitahu penonton bahawa kehidupan pasangan ini cukup membosankan. Tetapi itulah hakikat yang terpaksa dilalui oleh ramai pasangan berkahwin hari ini.

Namun, pada satu malam pasangan tersebut cuba menjadikan makan malam mereka sesuatu yang berbeza. Claire berdandan lebih dari biasa. Begitu juga dengan Phil. Malah, Phil mengambil keputusan untuk membawa Claire ke Manhattan untuk menjamu selera di sebuah restoran terkenal.

Agak mengecewakan apabila tiada meja untuk mereka. Tanpa berputus asa, Phil dan Claire telah menyamar menjadi pasangan Tripplehorns bagi mendapatkan tempat apabila menyedari pasangan itu tidak menyahut setelah beberapa kali dipanggil oleh pelayan.

Tindakan spontan inilah menyebabkan malam mereka bertukar menjadi mimpi ngeri. Mereka telah diburu oleh dua orang lelaki yang mendakwa mereka telah mencuri sesuatu yang cukup berharga. Bagi menyelesaikan kekusutan, Phil dan Claire terpaksa mencari akal untuk melarikan diri daripada dua lelaki yang akhirnya diketahui sebagai polis korup.

Filem ini berakhir seperti yang dijangka oleh majoriti penonton. ‘Happy ending!’ Phil dan Claire akhirnya menyedari walaupun mereka melalui rutin harian yang membosankan, tetapi masing-masing masih saling menyayangi dan menyintai antara satu sama lain.

Nak baca sinopsis panjang? Tekan SINI

Kredit pada website GUA. Sinopsis di atas di ambil dari website tersebut.
P/S : Pengajarannya, jangan nak ambil bahagian orang lain. Nanti akan ada akibat yang menanti.Hehehhe

2 maklumbalas:

  1. hans said...:

    aku dah tgok dah film nih
    aku siap kasi 5 bintang lagi
    sebab film nih best
    dari banyak2 review film nih je aku kasi 5 bintang
    tahap lucu dia memang hebat

  1. chenta said...:

    hahaha..memang bestkan??
    byk pengajaran boleh ambil