Followers

Bandung Part 2

Thursday, April 29, 2010
Disebabkan banyak barang yang dah dibeli pada hari pertama lagi, my sis n i dah rasa macam nak balik Malaysia!Hahahha.gila kan? I bukan pe. I macam tak selesa dengan keadaan kat situ. Dengan jammednya. Dengan makanan. Aduhai. Memang tak boleh nak serasi sangat. Nasib baik cuaca tak sejuk, tak panas. Even time tu musim kemarau. Bak kata driver teksi, hujan last turun bulan Mac. Pastu dah tak ujan. Tapi kemarau dia tak panas pun. Masih ok bagi i. Walaupun tak panas, bibir i tetap mengelupas. Bukan sebab panas tapi sebab kurang minum air. Air kat sana payau!Hahahhaha..

Malam 1st, tak boleh nak tidur sangat. Asyik terjaga je. Tapi i memang susah sikit nak tidur kalau tempat tu baru 1st time i nak tidur. I akan rasa macam-macam. Huhuhu.. Kul630am malaysia i dah terjaga. Macam nak pergi kerja plak. Selalu nak pergi kerja, liat nak bangun. Ni senang plak. Huhuh. Tapi masa tu kat sana baru kul530am. So tak tahu nak buat apa. Buka tv, bukan paham sangat. Tapi dengar gak la kuliah agama pagi-pagi. Mazhab kat sana kan tak sama dengan kat Malaysia. So i just dengar sambil lalu je. Ada benda yang i tak setuju dan bertentangan dengan apa yang i belajar kat sekolah agama dulu. Huhuh. Abaikan je la..

 Nasi Goreng pun i tak boleh nak telan. Huhuh.. Makan roti je la

Lepas tengok kuliah, tengok Insert Pagi. Insert Pagi tu cerita pasal gosip artis. Pagi-pagi dah bergosip k!Hahahah. Selama kat sana, memang pagi-pagi i tengok gosip!Pastu cerita lawak. Even tak paham tengok je la. Nak tunggu kul9am waktu indon, dan kul10am waktu malaysia memang lama sangat. Awal-awal i dah mandi pastu tunggu breakfast. Kat hotel ni, call je then diorang akan hantar breakfast ke bilik. Pastu call lagi untuk diorang call teksi. Hehehe. Kami request untuk teksi BlueBird sebab teksi tu guna meter dan agak bagus la servisnya. Kat sana teksi kebanyakkannya guna kereta Honda City dan Vios ok!Standard tau.heehhe. Sempat gak la i interview harga vios kat sana. Memang murah. Mungkin sebab duti mereka rendah. Kalau kereta vios tu dah guna setahun, dan dijual, kira kereta 2nd kan? So kalau i beli kereta Vios 2nd tu, lebih murah dari kereta yang i pakai sekarang. Serius ok!Itu baru pakai setahun. Kalau dah pakai bertahun, harganya lebih rendah. huhuh..Patutla orang sana pakai kereta mewah-mewah bagi yang kaya.


Tunggu teksi. Baru tau kakiku panjang!Hahahha

Seronok nak p habiskan duit sampai 2kali ke money changer kat Indon!Hahahaha

Pilih baju anak kawan i. Cantik-cantik sampai rambang mata.Hahah. Macam nak pilih untuk anak sendiri je!

Lepas breakfast, kami ke Pasar Baru semula. Pagi tak ramai orang. Rasa aman je. Pasar baru buka kul9am. Tapi kul845am kami dah masuk. Hehehhe. Kali ni cari barang yang masih tak jumpa. Alhamdulillah hampir semua barang i dapat. Cuma barang yang dipesan Kak Sarah je i tak dapat. Sory kak sarah, orang dah cari, tapi tak jumpa gak. Orang pun nak beli gak baju tu..Huhuhuh..Sory sangat-sangat tau!(Kak Sarah selalu baca blog i, kan?)heehehee.Lepas ke Pasar Baru, kami ke Rumah Mode. Kan sini banyak barang branded. Selalunya orang Malaysia akan ke sini. Orang kaya-kaya kat Indon pun shopping kat sini. Rumah Mode ni macam Pavillion la kononnya. Tapi kecil je k. Kat sini orang kata ada barang branded yang original. Kena pandai tengok dan nilaikan. Antara contoh nak tau barang tu ori ke tak, tengok pada label brandnya. Kalau ori, label tu akan dipotong sikit pada nama brand tu. So nampak macam tak jelas sangat la. Itu kata my sis la. Kebanyakkan barang ori tu dijual sebab reject. Bukan reject apa pun, tapi kadang-kadang disebabkan jahitan, design, material je. Kadang-kala tak nampak pun cacatnya benda tu. Tak tahu pun sebab apa direject. I pun ada buat research pasal rumah mode ni. Ada yang kata label macam Ralph Lauren, MNG, Esprit, kebanyakkannya ori dan boleh dipercaya. Ingat nak cari jeans kat rumah mode ni, tapi tak jumpa yang berkenan. Barang family pun banyak yang i dah jumpa kat pasar baru. Tinggal adik lelaki i yang form3 tu. So i belikan dia t-shirt Esprit. Harga 99,900rupiah (RM37). Then just ambil gambar je.


 Siapa seksi? I ke patung tu?





Kemudian pergi ke Jalan Riau. Kat situ banyak FO yang terkenal. Macam The Secret, Heritage, Casscade dan banyak lagi. Ada Terminal Tas juga yang jual banyak beg berjenama. Tapi tak sure la keasliannya.Huhuhu. My sis g situ sebab nak beli clutch. Cantik-cantik gak la.


Belakang i tu Casscade. Bangunan putih tu Heritage

Tengahari kami ke Aramada. Toko Brownies Kukus terkenal kat Bandung selain Kartika Sari. Memang sedap ok! I makan kat cafe dia. Uish..memang sedap lalu kat tekak. Huhuhu. So sempat la membeli brownies bakar dan bangket duo. Bangket duo tu nak bagi member-member opis i rasa!Hehehhe




Brownies with ice cream kat Aramada Jalan Dago. Merbeles!

Petang tu balik hotel agak awal sebab dah tak larat dan penat! Tapi petang sikit dalam kul5pm indon, kami ke DSE FO. Sebelum tu sempat kemas barang sikit. Sebelah hotel kami pusat hp, sebelahnya DSE FO. Kat situ my sis sempat beli beg sebab barang macam tak maut je nak sumbat dalam beg yang kami bawa. Hahhaha. Dia pun sempat beli kot ZARA. I plak dapat juga akhirnya jeans Esprit!Hehehhe.



Lepas tu sempat jengah ke pusat telekomunikasi tu. Sempat la i usha hp Blackberry CSL. Kalau kat Malaysia, akan ada perkataan CSL kat hp kan? Tapi kat sana tak pun. Still tulis Blackberry. Harga baru 1,090,000 rupiah (RM403.70). Murahkan? Patutla ramai orang pakai hp canggih kat sana. Huhuhu. Macam yang i cakap dalam entry Bandung Part 1.

Sambung lagi nanti. Letih taip. hehehhe :P

P/S : Ada orang request untuk i taip nilai duit RM juga kalau i ada tulis rupiah. So enrty Part 1 i akan update dan bagi untuk pengiraan, sila bahagi setiap nilai rupiah tu dengan 2700. So akan dapat nilai dalam RM. ^_^

5 maklumbalas:

  1. sarah kalam said...:

    its ok syg dear,brg tu bole je dpt kat msia tp saje nk dr indon kan??
    hehehehehee...
    wahh,mcm best je ur holiday!!!

  1. Sharinginfoz said...:

    seronoknya pi bandung... ramai gak member citer pasal tempat ni tapi tak pi lagi... maybe next time.... thanks for sharing anyway

    Hanis Zalikha Ucap Terima Kasih

  1. chenta said...:

    sarah : sowie ye sis..hehehehe

    sharinginfoz: same2..lepas ni u plak pergi n share with us k? ^_^

  1. siput_uda said...:

    hehe..baru la boleh faham bape ringgit.hikhik..tq2

  1. chenta said...:

    same2..sebab tu fungsinya calculator bila bershopping di sana..sng nak kira!hehehhe