Followers

Bandung Part 1

Thursday, April 29, 2010
Entry mungkin lebih banyak gambar dari cakap sebab malas nak menaip sangat. Hahahaha

I pergi Bandung dengan my sis dari 26hb April hingga 28hb April. Kiranya 3hari dua malam. Flight dari LCCT. So kami ambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan bus Transnasional. Nasib baik ada bus dari Melaka Sentral terus ke KLIA dan LCCT. Tambang hanya RM22 seorang. Ahad malam sis telah datang ke Melaka dan stay umah i. Bus kami kul515pagi sebab flight kul940pagi. Itu je waktu bus yang sesuai. Untuk sesiapa yang tidak tahu, meh i nak share waktu perjalanan bus dari Melaka Sentral ke KLIA dan LCCT.

Tengah malam - 12.15am
Pagi - 5.00am
       - 8.00am
Tengah hari - 12.30pm
Petang - 2.30pm

Perjalanan cuma 1jam 45minit hingga 2jam. So pandai-pandai la anda semua budget dengan masa flight anda ye. Tapi pagi tu, driver terlewat. Pukul6pagi baru dia sampai sentral. So bus gerak lambat. Ada orang sampai pulang tiket balik sebab flight dia awal. Takut tak sempat. Tapi disebabkan dah lewat, driver tu bawak agak laju dan pukul730pagi dah sampai LCCT. Sempat la i dan sis g makan dulu. Kul8 terus g daftar, check in semua. Pukul945am, kapal terbang pun berlepas. Selamat tinggal Malaysia. Hehehehe...



Breakfast dulu kat Marrybrown


Tempat masuk


Pesawat QZ 7592

Kebetulan ada menteri yang agak popular naik flight sama dengan i dan duduk depan i. Hehehehe.. Best la jadi dia... Sebab apa best, ada la..tak perlu i nak cerita. Kang jadi lain plak. I tahu dia menteri pun sebab my sis kata, orang depan dia bagitahu dia. I plak tak ingat sangat muka menteri tu..Hehehehhe



Indonesia!


Pergi beg kecik dan kempis je..Hehehhe

Kami selamat sampai ke Bandung Airport pada pukul12lebih waktu Malaysia. Kat sana lebih kurang pukul11lebih pagi. Terus i cari simcard baru. I beli simPATI seperti yang dicadangkan oleh jurujual tu. hahaha. Mahal juga k. Beli simcard tu 50,000 rupiah (RM18.50), kredit ada 15,000 rupiah (RM5.55) je. Tapi i guna tak habis pun. Sebab boleh dikatakan murah juga bila call ke Malaysia. Banyak kali juga i buat call ke Malaysia. Call my mum dan si dia.. Heheheheh... Masa balik tu pun kredit ada lagi 3,000+ rupiah.



Kitorang memang tak booking hotel. Berani mati kan kitorang?!Hahahah.. Sebab kawan i yang kat Indon kata, kalau i pergi weekdays, hotel tak penuh pun. So i slumbe je la tak booking. Masa tu i ada 3 je no contact hotel. Iaitu Utari Hotel, Karmila Hotel dan Dago Guest Hotel. Tapi tak call pun. Terus je terjah Utari Hotel sebab ada orang suggest kat hotel tu. Diorang kata servis ok. So dari airport terus ambil teksi ke Utari Hotel. Mahal ok masa pergi tu. 40,000rupiah (RM14.80)! Hotel pun mahal rupanya. Semalam 375,000 rupiah (RM139). Tapi kami risau hotel lain penuh, so kami stay je situ. Driver teksi pun masih tunggu. Letak beg terus keluar balik ke Pasar Baru. So lain kali, perlu call setiap hotel dulu untuk tau rate. Jangan jadi macam kami. Itu pengajaran bagi kami la..Hehehhehe. Tapi kan hari kedua i terperasan Karmila Hotel. So i pun call untuk tau rate. Murah ok. 300,000rupiah (RM111.10) aja!Beza sampai 75,000rupiah dengan hotel i duduk tu. Kiranya dalam duit malaysia dalam RM20. Rasa menyesal gak. Tetapi! Utari Hotel ni sebelah kirinya adalah Pizza Hut. Sebelah Pizza Hut itu CIMB Niaga/ Bank, sebelah CIMB Niaga tu KFC. So bagi kami yang pergi berdua dan keduanya adalah wanita, bila waktu malam, agak bahaya kalau nak keluar berdua, pergi jauh-jauh. So bila malam, kami ke Pizza Hut sebelah je. Memang betul-betul sebelah. Kami pikir kalau kami duduk Karmila Hotel, mesti jauh nak pergi Pizza ni. Kene menyeberang jalan, naik angkutan dan menyeberang jalan lagi. Bahayakan? Lagipun sebelah kanan Utari Hotel ni ada pusat telekomunikasi. Banyak jual HP dan murah-murah! Sampai my sis kata, lepas ni datang Indon, nak beli HP. Hehehe. Memang murah dan orang kat Indon pakai hp canggih. Kebanyakkanya pakai Blackberry. Budak sekolah pun pakai HP tu ok! Sebelah pusat telekomunikasi tu ada DSE FO. So hotel kami tu tak sunyi, dan senang nak cari makan.I pikir, nasib baik juga i duduk kat utari hotel. Keselamatan paling penting tau!Kalau trip i ni ada lelaki, memang i akan pilih karmila hotel. Sebab murah. Hehehehe

Sampai Pasar Baru, terus g makan sebab lapar sangat. Pagi breakfast bubur je kan.. I jenis tak cerewet pasal makanan. Pape pun i makan je. Tapi kat Bandung, i memang tak boleh nak makan. Masakannya memang tak boleh nak telan. Tak kira la masakan atau minuman. Uish..i kurus kat sana k!Hehehehhe. So kalau anda rasa tak biasa, sila bawa roti atau makanan yang lepas lalu kat airport. Buat spare! Makanan kat bawah ni harganya 61,000rupiah (RM22.60).


Nampak banyak tapi i tak selera!Huhuhu

Lepas makan, terus serang kedai-kedai. kat Pasar Baru. Nasib baik kami dah buat list. Barang apa yang orang order, dan barang apa yang kami nak beli. Sis pun dah search kedai-kedai yang murah dan selalu orang pergi. So kami terus je tuju kedai. Tak la pening nak start dari mana. So antara tips kami ialah, buat list apa yang anda nak beli. Pikir betul-betul k sebab anda akan rambang mata kat sana. Lagipun bagi mengelakkan anda berbelanja lebih dari budget. Jangan lupa bawa sifir tukaran. Maksudnya letak nilai setiap mata wang. Kalau 1,000 rupiah bersamaan berapa ringgit malaysia. kalau 55,000 rupiah, berapa nilainya. Buat sifir tu. Jangan lupa bawa calculator sebab senang nak kira. Kira setiap pembelian anda dalam ringgit malaysia sebab kalau rupiah, anda tak tahu nak compare dengan harga kat malaysia kan? So kalau ada barang yang harganya lebih kurang dengan kat malaysia, jangan la beli. Kalau tak pun tawar/bargain sampai harga yang betul-betul anda puas hati. Diorang kat sana akan jual mahal dengan orang malaysia. Mungkin sebab diorang rasa orang malaysia kaya kot.Hahaha. I kat sana, i jalan je kat tepi kedai, tanpa kata apa-apa, orang dah boleh tau i orang malaysia. So tak boleh nak menyamar!Hahahah. Tapi hari pertama, i dengan sis telah berjaya membeli barang yang ada dalam list. Tinggal sikit-sikit je.

Malam tu kami makan pizza. G sebelah je. Then bawa pulang. Makan kat hotel. I memang tak lalu makan kat Indon. Serius! Nasib baik la pizza sebelah je. Huhuhu

Nampak macam orang tu kencing dalam seluarkan? hehehe

Ada yang nak duduk kerusi tu?heheheh



Sambung part 2 nanti plak ye ^_^

P/S: I selalu tersasul dan salah kira duit sebab tak biasa nak sebut ribu-ribu ni. hahahah. Dah la warna duit pun tak biasa tengokkan... :P

4 maklumbalas:

  1. Azuan said...:

    seronok melawat tempat orang kan huhuu~

  1. siput_uda said...:

    bestnya..pasnie plan mau g mane pulak nie..

  1. chenta said...:

    hehehe...ujung thn ni maybe ke kucing...dan ujung thn dpn ke jakarta or bali!heheheh :P