Followers

Pindah Rumah

Monday, March 29, 2010
Alhamdulillah..

I dah selamat berpindah ke rumah baru pada sabtu lepas. Pagi-pagi sabtu, i mula mengemas semuanya. Nasib baik budak-budak umah kerja. Tinggal seorang je kat rumah tu. Tapi time i mengemas tu, dia tidur. So i dapat mengemas dengan amannya. Lagi pun i tak kecoh-kecoh pindah. Nak senyap-senyap je. Tapi tak bermaksud i blah dari rumah tu macam tu je k. I tetap bagitahu budak-budak rumah i. Cuma masa mengemas, memang i tak nak time diorang ada kat rumah.

Dua kali angkat barang tau! I ingat barang i sikit je. Tak sangka plak banyak. Nasib baik la kereta i boleh angkut barang banyak. Kalau kereta kecik, mesti lagi banyak trip i nak kene angkat.huhuhu..Tengahari i dah siap transfer semua barang.So i pasang balik almari n ampaian. Letih ok!Semuanya i buat sendiri. Bakal housemate i tak angkat barang dia lagi. I berkemas seorang la kat rumah baru tu.

Petang my sunshine datang. Tapi dia naik bus sebab dia tak gaji lagi. Ngee..Sian dia. So pick up dia kat MC. Pastu pergi makan, beli barang rumah i kat Tesco then beli baju kerja dia kat PDI, Jusco Bandaraya. I pun dapat sehelai baju kat PDI.Minta kat sunshine.Hahaha.Kesian dia..Dah la tak gaji lagi.. Ngee

Malam balik rumah, kemas-kemas lagi barang yang baru dibeli.Kul12 baru tidur..

Minta sunshine baca pape surah yang patut sebab i peyed. Tapi malam tu tidur, still bunyi macam-macam. B4 masuk rumah tu, i dah 'pagar' dah rumah tu. Ada ustaz tu tolong buatkan. Tapi malam tu still bunyi-bunyi. Tapi buat bodoh je.

Bangun pagi, pergi Jasin jap. Sunshine nak bersihkan rumah ayah dia. I plak sempat minta ikan puyu dari sunshine. Rumah dia banyak ikan puyu. Orang kata ikan puyu ni boleh elakkan benda-benda halus tu. Tapi i pun tak pasti sangat la.Sunshine bagi 3 ekor ikan puyu. Siap bagi makan sekali. Cuma akuarium je belum beli lagi. So letak ikan dalam balang je. Bf bakal housemate i kata i letak ikan tu dalam bekas kuih raya!Hampeh je dia.huhuhu

 Kul 2 petang, gerak ke Melaka semula. Balik rumah jap, hantar ikan. Bakal housemate ada kat rumah dengan bf dia. Bf dia tengah pasangkan langsir. Then ada mesin basuh!Ngee..lepas ni tak perlu basuh kain pakai tangan lagi macam kat rumah lama..Heheheheh

Lepas letak ikan, terus g Melaka Mall. Tengok wayang cerita Alice In Wonderland. Baru berkesempatan nak tengok. Huuu..Dah lewat dari orang lain tapi takpe la. Janji dapat tengok.. Kan sayang??!

Lepas tengok wayang, pergi pekan Cowboy jap. Beli lagi barang keperluan yang tak cukup. Lepas tu pergi makan. Kul8malam hantar sunshine balik kat MC. Terjumpa put n partner dia. Partner dia tertinggal bus. Tolong kejar sampai tol ayer keroh, tapi terlepas gak.. Erm..macam sia-sia je tapi takpe la. Tolong orang.Semalam hari diorang susah. Mungkin esok lusa i plak susah...

Malam tadi balik rumah, tidur seorang. Bakal housemate tak masuk lagi. So nak mengelakkan dengar bunyi macam-macam, i buka laptop, buka surah-surah yang ada. Buat repeat. Buka kuat-kuat. So malam tadi dapat tidur dengan nyenyak dan tenang sebab dengar ayat-ayat suci.. Bunyi lain semua tak dengar ^_^
Alhamdulillah.. Harap-harap malam ni takde bunyi lagi..


Bulan ni memang pokai.. Banyak barang untuk rumah baru yang i beli. Tapi masih banyak yang tak cukup.

List barang:

Tikar getah untuk bilik
Kipas angin untuk bilik

Tilam
Comforter & Alas tilam & Sarung bantal
Rak pink
Bakul baju
Penyangkut seluar
Penyangkut barang-barang kat toilet
Berus toilet , penyapu, berus baju, berus lantai

Penyangkut towel kat toilet
Alas kaki kat bilik
Bakul sampah kat bilik

Bantal lebih

Sticker kat plug
Gula, garam, air mineral, makanan

Erm..bulan ni memang tak boleh nak shopping, tak boleh enjoy..Uwaa..sedihnya...

4 maklumbalas:

  1. junphyo said...:

    sabar ye sayang...nanti lau tak cukup wit..beritahu abi ye.love u.
    lagi satu..thanks layan abi last week.abi seronok sgt dpt jumpa syg..
    terubat rindu....mmmuackhhh

  1. chenta said...:

    abi!!!!
    i love u too..

    lau tak ckup wet, leh minta ye?ngee.. wink*wink*

    sowie ye abi lau tak selesa kat umah tu..br lg kan..tak dpt nak sediakan keperluan yg lengkap..sowie ye..

    rindu kamu juga my sunshine!muahx!

  1. eazlye said...:

    wah..dah piNdaH yerk???
    daT day i tRun meLaka...tp kejaP jek....
    siNggah jasin jap jumpe my fwens then tros baLik jb....

  1. chenta said...:

    eazlye : yup2..dh pindah..owh..jasin..umh mak ayah partner i...

    len kali turun, roger la ye..leh jumpe

    turun dgn spe?