Followers

Maid Lari! UPDATE!

Tuesday, March 09, 2010




Hari ni masuk kerja, ramai gak tanya kenapa saya cuti semalam. Nak cerita pun susah sebab bukan hal berkaitan dengan saya. Tapi saya hanya menolong orang. Kali ni diorang yang susah, mungkin lain kali saya pulak yang susah... Betulkan??

Ceritanya macam ni...

Hari Jumaat lepas, yunk dan abang dia, balik umah ayah dia sebab nak hantar ayah dia g check up. Pahamkan ayat i? Then balik kerja, i terus g umah yunk. So sempat gak la jumpa dia jap. Masa tu abang dia, ayah dia, n orang gaji dia, Si Tuti tu ada kat umah. I tumpang mandi kat situ jap. Then masa i, yunk n abang dia siap2 nak balik umah masing2, Tuti tu ada tanya i. I tak tido situ ke. I cakap tak sebab Sabtu ada hal. Sabtu tu i tengok dak2 opis i maen kayak n bowling. Lagipun yunk takde, i malas la nak duduk situ.

Pastu tengahari Sabtu, yunk cakap nak balik Melaka.Tapi kali ni dia malas nak drive n tiket pergi balik pun dia dah beli. Dia rasa nak balik Melaka sangat2. Sedangkan time tu dia pun jadi serba salah sebab kakak dia nak bersalin. Dia duduk sekali dengan kakak dia tu. So dia rasa tak sedap nak tinggalkan kakak dia. Doktor pun bagitahu yang kakak dia dah nak bersalin sebab dah buka beberapa cm. Buka apa tu, orang yang dah bersalin, paham la.Hehehehe
Tapi yunk kata dia nak balik gak..So petang, kul5malam, bus dia naik gerak ke Melaka. Sampai kul7malam. I ambil dekat MC. Kami g makan then ke Dataran Pahlawan. Beli tiket wayang cerita Niyang Rapik. Tiket kul10.20malam. So jalan2 dulu.

Wayang habis kul 12tengah malam, kami terus balik umah yunk. Masa sampai tu rasa lain je umah tu sebab terang benderang. Padahal dah pukul1230malam. Selalunya waktu2 macam tu, Tuti n ayah yunk dah tido. So umah mesti gelap. Yunk call Tuti minta untuk buka mangga pagar sebab dia tak bawa kunci. Berulang kali call tapi tak diangkat. Selalunya call dua kali je, Tuti dah angkat. Last2 yunk panjat pagar. Bila buka pintu umah, tak berkunci. Yunk terus capai kunci n buka mangga pagar..

Bila kami masuk, kami panggil2 Tuti, diam je. Cari serata umah, tak jumpa. Tengok beg2 baju dia, semua takde. So memang sah la Tuti tu lari! Yunk tanya ayah dia, tapi ayah dia tak tahu. Ayah dia sakit, tak boleh bangun n tak ingat sangat. So memang tak tahu pape la. Tengok bibir ayah dia dah kering. Yunk terus buat air n bagi ayah dia makan biskut. Kesian kat ayah dia. Tak tahu berape lama ayah dia duduk umah tu sorang2. Bahaya gila la! Dah tu, duit ayah pun hilang. Nasib baik barang2 kemas arwah mak yunk tak hilang.
Yunk call kakak dia, kakak dia minta tunggu esok untuk buat report sebab tak cukup 24jam lagi.

Esok paginya, yunk g tanya jiran2 dia. Jiran dia bagitahu yang petang Sabtu, diorang masih nampak Tuti tu sapu depan umah. Tak lama lepas tu, ada kereta berhenti depan umah. Diorang tak tahu Tuti tu keluar pukul berapa. Time tu gak baru tahu rupa2nya sebelum ni, jiran sebelah umah penah bawa Tuti tu keluar bila yunk or adik beradik dia tak de kat umah tu. Banyak kali plak tu dia keluar dengan jiran. Tinggal ayah yunk sorang2 kat umah. Yunk bagitahu kakak dia, ondasport kakak dia balik Melaka. Sedangkan kakak dia dah nak bersalin tu. Sanggup balik Melaka untuk settlekan hal tu.

Kakak dia sampai dalam kul2, then dorang g buat report polis. I plak duduk umah dengan ayah dia.Balik dari buat report, sempat lagi diorang g gaduh dengan jiran yang selalu bawa Tuti tu keluar. Time tu gak la baru tau yang Tuti tu tak suka duduk umah tu. Dia bagitahu yang kakak yunk tak bayar gaji, padahal kakak yunk bayar je tiap2 bulan. Siap belikan topup. Sediakan makanan.Pastu Tuti tu tak suka kakak yunk, dia siapla kenekan kakak yunk. Dia buat kakak yunk supaya lambat bersalin. Sebab tu even dah buka, tapi baby tak turun lagi. Kejam la Tuti tu. Dia bukan kene dera pun. Duduk umah tu senang lenang je. Just kene jaga orang tua yang sakit. Bukan nak kene jaga ramai orang, nak kene basuh banyak baju, nak kene masuk banyak kali.Itu pun dia boleh lari.

Malam tu dorang kemas2 barang ayah sebab dorang nak bawa ayah balik KL. Tapi kakak yunk naik kereta MyVi je. So tak muat nak bawa tilam dan kerusi roda ayah. I plak rasa macam kesian plak. Dorang duduk umah flat. Macamana nak bawa ayah kalau tak de kerusi roda. Pikir punya pikir, i pun ikut la dorang balik KL. I bawa kereta i. So boleh la nak bawa kerusi roda, tilam dan barang2 yang perlu.Kul11malam gerak, kul1pagi sampai. Lepas turunkan barang2 ayah, i dengan yunk g Shah Alam plak. Ambil kereta dia kat sana. Disebabkan keletihan, bila dah sampai kat kereta yunk, kami masing2 boleh tertido plak. Sedar2 dah kul5pagi!Selambe je tido tepi jalan.Kereta park pun sebelah2 je.Huhuhu.Sedar2 terus drive balik umah kakak yunk. Sambung tido. I pun dah tak larat nak drive balik Melaka. Mesej anak buah, inform i EL untuk hari Isnin tu.

Isnin tu settle kat Imigresen untuk matikan permit Tuti. Nasib baik passport n permit Tuti tu kakak yunk yang pegang. So Tuti tak pegang pape pengenalan diri dia la time lari tu. Petang tu i drive balik ke Melaka plak. Ujan lebat gila dari Dengkil ke Nilai. Ujian betul untuk i. Tapi i tak kisah pun. I ikhlas je tolong orang...

P/S: Panjang gila entry kali ni.Huhuhu. Yunk soh letak gambar Tuti tu. Heheheh..Marah betul dia

14 maklumbalas:

  1. eazlye said...:

    wah..dasat gler.....

    xbaik tuti uat mcm tuh....kalo ayh sht xpe r..ni x...

    budus betol...!!

  1. kejinye manusia. Sanggup tinggal orang tua sorang2 kat rumah. lagi nak kenakan orang yang mengandung

  1. shajimy... said...:

    i cam dah agak dahhh.. hurmmm...

  1. chenta said...:

    eazlye : mmg budus pun!

    cinderella : tau xpe!

    shajimy : u dh agk??

  1. shajimy... said...:

    masa i bace u punyer post b4 diz..tah cmne i dh leh agak... sbb i kenal sgat minah indon nie.. lagi2 klu xde org xpantau mmg sesuki dye jek nak buat per...

  1. Capo Grande said...:

    baca pun letey...inikan buat...huhu...

  1. Bintang D'hati said...:

    Kalo aku jumpa tuti tu aku libas ngan tiang letrik pastu aku siat2 betis dia...ok ke? Huhuhuhu

  1. chenta said...:

    shajimy : erm..itula pasal...

    capo : memang tersangat letih

  1. shajimy... said...:

    u upload pict indon tu taw...
    rasakan muke dye glamer... mner taw i tnmpk kat muo ker kan..

  1. chenta said...:

    bintang di hati : ok la tu sis..ckup ganas dah tu..hehehe

    shajimy : jap lg i upload ye..huhuhu

  1. junphyo said...:

    J'utilise une bonne! sortes de malheureux! oser sortir de moi un père à la maison.
    d'attendre des réponses de Dieu ....

  1. chenta said...:

    ckp ape ni syg?>

  1. shajimy... said...:

    huh..dari muke dah taw minah nie haty busyukkk!!!

  1. chenta said...:

    hehehe..tau2 je u ni jim!