Followers

Di usia 22tahun...

Tuesday, March 23, 2010
23 Mac 1988, lahir seorang baby perempuan yang kecik comel je tepat kul7.05pagi. Comel sebab berat 2.8kg sahaja. Comelkan?Hahahah..Time daddy dia nak g keje, dia lahir. Kesian mum n dad. Kelam kabut nak sambut kelahiran dia ^_^

Harini, baby tu dah besar panjang. Di usia 22tahun, dah boleh kawen. Kan?Hahahaha. Tapi lambat lagi kot kawen. Banyak lagi hal yang perlu diuruskan...

Sepanjang umur 21 tahun, banyak perkara yang berlaku dalam hidup i. Perkara yang i anggap agak besar dan memberi kesan panjang dalam hidup. Pengalaman manis, antaranya...

24 Mac 2009, i lapor diri kerja tetap sebagai PPTM. Esok, genap setahun i bekerja kat sini. Dari i yang tak tahu pape, tak tahu nak kerja macamana sebab tak pernah kerja yang agak serius, sekarang.. Alhamdulillah. Dah banyak benda yang i dah belajar. Banyak pengalaman yang i dah hadapi untuk kerja ni. Dapat gak travel sane sini sebab kerja. Hehehhe. Makan angin kan?
Tapi kerana kerja ni juga la, i terpaksa mengorbankan degree i. Dah la i dapat course yang i memang nak sangat, dapat plak masuk universiti yang i rasa orang lain pun ada impian nak masuk universiti tu. Tapi i pikir, peluang kerja, bukan senang nak dapat. Bersusah payah g interview. Study, nanti i boleh sambung balik. So korbankan la study i tu..

28 April 2009, i memperoleh sebuah kereta dengan duit i sendiri. Harta besar pertama untuk i. Even kereta biasa je, tapi kepunyaan i sendiri. Hasil titik peluh i setiap bulan. I bersyukur sangat2. Bulan depan genap setahun kereta tu. Baby kesayangan. Bermakna road tax dia pun mati bulan depan.. Uwaa..siapa nak bagi i duit?Hhehehehehe

Umur 21, orang selalu cakap itula umur di mana kita dah dapat kunci kebebasan. Tambah2 i duduk membujang. Jauh dari keluarga. I bebas buat apa sahaja. Tapi i masih baik lagi ye. Masih tidak terpengaruh dengan gejala2 yang kurang baik. Ahaks! Cuma i pernah buat suatu kesilapan yang i sendiri menyesal sehingga sekarang. Bila hidup jauh dari family ni, terpaksa berdikari sendiri. Semua benda kene uruskan sendiri. Payah pada awalnya, tapi sekarang dah biasa dah.. Dah kebal katanya!Heheheheh

Umur 21, dah boleh mengundikan? Tapi i tak daftar lagi. Hari ni masuk umur 22 pun tak daftar lagi.Hehehhe..Ampun!

Ada gak pengalaman pahit sepanjang umur 21 tahun.. Antaranya :

Sepanjang tahun lepas, i hidup tanpa kasih sayang dan cinta dari orang yang bergelar kekasih. Lama juga i hidup dalam keadaan begitu. Berbulan2 juga. I tak pernah macam tu untuk masa yang panjang. Tapi time tu, i memang sangat2 berputus asa kot.
1st time kene ragut. Dah la baru kerja time tu. Gaji pun takde. Hidup membujang. Memang dugaan la sangat2. Serik dah sekarang. Tak nak kene macam tu lagi..
1st time duduk rumah sewa. Kene plak dengan orang yang..erm..susah nak cakap. Ramai plak smoker dalam rumah tu. Lagi la menggalakkan i untuk melakukan kesilapan itu. Tapi sekarang dah taubat.Huhuhuhu
Then 1st time kene ugut bunuh oleh my ex. Ex yang dah lama putus plak tu. Ish..apa lagi entah dia berdendam dengan i. Padahal putus disebabkan dia sendiri. Dok bercinta dengan ex sendiri.
Macam-macam lagi la berlaku. I pun dah tak larat nak ingat semua.

Doa i untuk tahun ni supaya kehidupan i lebih baik, lebih terjamin, rezeki lebih banyak, hari ni besday i, tapi adik i request minta belikan crocs. Aik, sape patutnya bagi present ni ye?Huhuhu..Yunk plak minta i blanje dia makan. Ish..takde orang nak celebrate besday i pun. Huuu...Then i doa semoga i akan dapat kebahagiaan yang i nak. Nak sangat2...

"To some, romance means candlelight dinner and roses, gifts are special, but they fade with time
To me, romance is simply being with you, sharing each special moment together, day after day
I know in my heart that you'll always be here for me and that's the best gift you could ever give me
You're wonderful in every way and that's why i'll always be here for you, too
You mean everything to me, i love you and i'm wishing you all the happiness in the world on your birthday"
Terima kasih kepada kamu (shajimy) , kamu (chiko reen) dan kamu (junphyo) kerana membuat entry sempena besday i. Terharu ok!I love u all. But I love my yunk so much!Hehehehe
P/S: Terima kasih pada semua yang wish besday i. Terharu ye sebab ramai sangat wish!

13 maklumbalas:

  1. kenwooi said...:

    happy birthday! =D

  1. Aini said...:

    happy birthday to u. Semoga panjg umur & dimurahkan rezeki =)

  1. fitri oh fitri said...:

    wah, camat hr jadi. hahaha




    http://fitridzulkifli.blogspot.com

  1. chenta said...:

    ye fitri..thanks

  1. chenta said...:

    la..ni lagi sorg..ish..besday siapa sebenrnye ni?huhuhu

  1. shajimy... said...:

    uickk..nie adik u tg kiter jmpe time datim tu ker??

  1. chenta said...:

    yelah..adik i yg tu la..i ade adik besar sorg adik kck sorg..npe?lain ek?hehehe

  1. shajimy... said...:

    aah len lakkk...hee

  1. chenta said...:

    maybe dia fotogenik kot..hehehe

  1. Chica said...:

    happy bday sya~!!!
    wish u ol e best~!
    semoga yg pahit itu pergi...
    menjelmalah yg indah bercahaya tuk selamanya..~

  1. chenta said...:

    thanks chica...

    i harap u pun begitu yeah.. ^_^