Followers

Pulang dari Kursus BTN

Tuesday, February 23, 2010
Yeah!I dah pulang dari berkursus BTN. Dapatla online semula. Ada orang yang rindukan i tak??(Perasan je la ko cik sya. Macam la ko ni glamer sangat sampai ada orang nak rindu2..Hahahahah) Alhamdulillah i selamat balik. Masih sihat cuma badan je letih2. Tak ilang2 sakit2nya.huhuhu

Semalam sampai ke Melaka lebih kurang kul2petang. Dah rehat pun badan masih terasa sakitnya. Baju2 kotor dah selamat hantar ke dobi semalam. Esok baru boleh ambil. Bukanla tak nak basuh sendiri. Tapi disebabkan tiada mesin basuh, baju plak banyak sangat. Tak laratla nak basuh. Tapi tudung2 dan kasut sukan, i basuh sendiri k!Hehehhe..

Memula g kursus tu, i agak risau juga. Hati tak tenang. Sebab macam2 orang cakap pasal kursus kenegaraan anjuran BTN (Biro TataNegara) tu. Paling i risau pasal tempat tinggal. Orang cakap kem BTN ni dalam hutan. So i memang tak suka la duduk dalam hutan lama2. Pastu nanti ada program kembara yang perlu masuk hutan dan buat aktiviti macam2. I tak kisah aktiviti lasak2 ni tapi risau juga la kan. Siap la officemate i soh bersiap sedia mental dan fizikal. Jangan nanges la..Pe la..Tapi...

First time sampai, i memang terkejut dengan keadaan kem tu. My driver pun terkejut sebab totally berlainan dengan kem2 BTN lain!Kem tu bukan di kawasan hutan tetapi di kawasan perumahan. Kami tak perlu duduk dalam dome macam kem2 lain. Kami duduk dalam bilik di mana setiap bilik dua orang sahaja dan lengkap dengan toilet!Tak perlu mandi berjemaah macam kem2 lain.Memang best!Ketua Fasi pun ada beritahu yang kem kami ni satu2nya kem yang tidak berada di dalam hutan dan para peserta tinggal di dalam bilik. Bukan dome!Harusla seronokkan!Hehehehe

 

  
 Ni semua bukan barang i ye. Ni barang roomate sebab itu katil dia..hehehe


Sesiapa yang dah g BTN, then tak dapat kem yang best macam kem i, jangan jeles ye!Hahahha..Tade gambar kem kat luar sebab hp tak bawak keluar dari bilik. Hp kene kuarantin kat bilik.Huhuhu


Aktiviti memang pack sangat. Kelas start dari pagi sampai malam. Pagi petang kene kawad dan bersukan. Ada ujian kecerdasan. Ujian tu memang agak susah dan memenatkan. Tak pasal2 i yang tak reti bumping @ push up, i dah boleh buat sekarang. 15kali bumping k!Hahahah. Then jump rope yang sangat kecik!Tahan nafas kene lebih dari 39saat. Itu memang i failed.Hahaha. Then kene lari 2km dalam masa kurang dari 24minit bagi wanita dan 17minit bagi lelaki. Tapi i dapat lari 2km dalam masa 14minit 9 saat.Hehehe..Fit kan badan i?Bangga la jap k..Huhuhu..Aktiviti kembara tak la sukar sangat. Tak perlu masuk hutan tebal tapi still kene masuk kebun, hutan sikit, naik turun bukit kecik. Letih gak la..

Masa LDK (Latihan Dalam Kumpulan) banyak benda yang i belajar. Baru i tau banyak perkara pasal negara yang i tak penah tau sebab i tak pernah berminat nak ambil tau. Tapi sekarang i rasa i patut tau sebagai rakyat negara Malaysia. Ada orang cakap, bila g kursus BTN, diorang akan brainwash peserta. Akan buat peserta menyokong kerajaan dalam segala benda. Mengatakan hal2 politik kepada peserta terutama orang melayu. Macam2 lagi la orang cakap. But for me, BTN bukan la nak buat macam tu pada para peserta. Apa yang i belajar kat sana, kebanyakkannya berkenaan dengan sejarah. Even masa i sekolah dulu, dah banyak ilmu pasal sejarah yang i dah belajar, tapi masa tu i masih kecil. I setakat belajar untuk exam. Untuk dapatkan result SPM yang baik. Tapi sekarang, i belajar sambil berfikir. Berfikir untuk masa depan. Berfikir sekiranya kita tidak menjaga kemerdekaan yang kita dah kecapi, mungkin negara kita akan dijajah semula.Itu tak mustahil.. Waktu sekarang i memang agak bersemangat patriotik. I memang mengaku. Kalau orang cakap pasal sejarah sekarang, i boleh balas balik. Kalau orang mengatakan isu perkauman, i pun boleh balas balik. Perkara 153, Perkara 161(4),Perkara 32, Perkara 181 dan macam2 lagi. Semuanya i boleh terangkan.. I rasa i sangat bertuah sebab dapat tau semua tu...

Masa malam terakhir, ada lakonan sebagai tugu negara dan nyanyi lagu tanggal 31.. Masa tu dalam hati ni memang sebak sangat. I rasa perjuang2 kemerdekaan dulu sangat berbangga dengan apa yang diorang buat pada negara even diorang terbunuh! Berbangga kerana dapat memberikan negara yang merdeka, aman makmur untuk anak cucu mereka. Dapat memberikan kesenangan pada keturunan mereka sekarang. I sangat bertuah dapat tinggal di Malaysia sekarang. Jika nak dibandingkan dengan negara lain...

Then bila nyanyi lagu Warisan (Sudriman), menitik airmata i. Lirik lagu tu sangat mendalam...Sangat2 mendalam dan lagu tu dah ada dalam hp i sekarang. Boleh la dengar selalu!


Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Kalau la berlaku pape pada negara, i memang tak mampu nak buat pape. Sama seperti dalam lagu tu. I tak mampu nak jadi macam pejuang dulu kala. Cuma i mampu, mengekalkan kemakmuran sekarang. Mengelakkan segala perkara yang boleh mengancam kemakmuran negara. I berharap, orang lain pun macam tu gak. Orang lain boleh berfikir tentang negara ni. Boleh BERSYUKUR dengan apa yang mereka dah dapat sekarang. Dapat hidup dengan aman, cukup makan, ada kerja, dan macam2 lagi la..

UPDATE!

I letak la sekeping picture group i..Dah ada orang tanya kan..huhuhuhu

P/S: Hari ni cuti. Menguruskan macam2 hal. Jimy, panjang cecah lantai tak entry i kali ni?Hahahaha. Gambar bersama ahli group LDK hanya dipublish di FB i yang sangat lurus itu!hahahaha

19 maklumbalas:

  1. shajimy... said...:

    ciss..cmne plak leh dpat bilik 2org nie? tpi time i gi btn dulu ok jerk...xder lar dye ragging gilak2...

  1. chenta said...:

    best ooo kem i g ni..huhhu.
    i pun tak kene ragging..ok je..entah kenape opismate i ckp mcm2..huhuhuu.
    dulu dorg kne ragging kot

  1. shajimy... said...:

    yekot..sbb my mum sdry ckp kena pnjat lar..hpe larr... dorg dh tukar kot silibus dorg..hahaha

  1. chenta said...:

    itula..ada flying fox la.merangkak dlm lumpur la..huhuhu..

    tp KF i ckp, ikut sasaran..sasaran 1,2 or 3

  1. shajimy... said...:

    eh mcm nmpak ader entry baru..udeh xde plak...
    oic ikut sasaran

  1. chenta said...:

    erm..td mmg ada entry..tp jd draft je..biar je la i pendam...

  1. shajimy... said...:

    huh...xbek pendam3..ti makan dalammmm..hahaha

  1. chenta said...:

    itu lebih baek kot babe..huhuhu

  1. shajimy... said...:

    ok lol....tda xle pndam agitw i...
    ~,^

  1. un_sign said...:

    wah2..
    happynyer org tue..
    dpt kem mcm nie...
    xpatut2..
    tp kan dear..
    bila time tayangan video tue nanes?
    siyes part tu memang touching la..
    syukur kiter xalami time zaman dulo

  1. chenta said...:

    jimy : i ok je babe..thanks

    un_sign : sapekah anda?bertukar nickname ni sy sukar nk tau..huuhu

    tayangan video tu mmg sedih..dah la br lepas nyanyi lagu warisan.tgk plak video..sentap gile!

  1. shajimy... said...:

    ehemm...yg rmbut pndek tu leh kenai?
    hahaha

  1. chenta said...:

    mau kenai ka?hahahaha :P

  1. shajimy... said...:

    hahaha... kepala geleng tpi haty ckp maw..cmne?

  1. chenta said...:

    itu namanye gatai!hahaha

  1. shajimy... said...:

    haha...direct jek sound...
    mner de..xslah tmbah kenalankan??

  1. chenta said...:

    yeal2...hahah..

    bertambah persaingan gp u..hahaha

  1. shajimy... said...:

    btmbah persaingan gp?? i bersaing dengan sapa? ^^!

  1. chenta said...:

    aiyak...persaingan my yunk la..gp u..hahaha..
    u nk tmbh gp lg. :P