Followers

Berubah kerana orang yang disayang?

Monday, November 02, 2009
Betul ke manusia boleh berubah kerana orang yang dia sayang?

Tak dinafikan kan?Saya dah tengok ramai orang yang boleh berubah kerana orang yang dia sayang. Cuma berubah yang baik atau tak je. Kalau masa saya belajar dulu, ada kawan saya ni. Dia tak suka study. Tak suka masuk library.Tapi bila dia dapat partner yang suka study, suka duduk library, dia pun join sekali. Bukan partner dia paksa, tapi dia yang sukarela.
Sekarang ni plak, saya tengok perubahan yang lain plak. Kalau dulu dia tak masuk club. Tak g clubbing sebab bagi dia, dia tak suka tempat yang ramai orang, bersesak2 dan dia rasa dia tak perlu masuk. Tapi bila dia dapat partner yang masuk club, dia pun join sekali. Ramai ye kawan saya yang macam ni. Kalau yang ikut hisap rokok tu, lagi la ramai.

Tapi macamane plak kalau dia berubah kerana seseorang yang dia tak sayang pun??

Ada sorang opismate saya. Dia lelaki. Dulu mase memula saya kawan dengan dia, dia tak makan fast food.Tak masuk la mcd, kfc or pape pun. Then kalau saya cakap saya g tengok wayang, dia salu protes.Dia kata ape best tengok wayang. Baek dia beli cd or dvd.Banyak kali dia boleh tengok. Dah tu dia kalau hari jumaat, mesti nak cepat balik. Sebab nak balik umah parents dia.
Tapi sejak dia kenal sorang perempuan ni, dia berubah. Memula dia tak sedar yang dia dah masuk mcd, yang dia dah balik lambat sebab nak teman perempuan tu. Dia pun tak sedar yang hampir setiap cerita keluar kat wayang, dia akan pergi tengok dengan perempuan tu!Hilang semua apa yang dia penah cakap pada saya. Then bila saya cakap dengan dia, baru dia terpikir. Bila saya tanya, dia suka dan sayang perempuan tu ke?Dia kata dia takde perasaan pada perempuan tu macam perempuan sebelum ni.Dia pun pelik. Macamane dia boleh berubah hanya kerana perempuan itu tanpa dia ada perasaan pada perempuan tu. Pelikkan??

4 maklumbalas:

  1. ++d++ said...:

    saya rasa memang ader betul,
    persekitaran, orang disekeliling sentiasa akan menjadi diri kiter berubah..
    tapi wid ase diri wid xberubah mana pon even dah kapel dah hampir setahun...

  1. chenta said...:

    erm..
    entahla..ikut pada individu kot..

  1. itu lah yg dinamekan~
    pengaroh rakan sebaya!
    hee~