Followers

Muar

Saturday, October 10, 2009
Semalam sepatutnya aku ikut Nan g amek Addy kat KTM Seremban.Tapi last2 minit, Addy tak jadi datang.Dia ada hal.So Bapok ajak g Muar plak.
Dia teringin makan mee bandung dari aritu lagi. Sempat lagi aku tanya Doktor kat opis, mee bandung mane sedap.Pastu aku roger la Jime, naseb baek dia free. So balik kje, aku siap2 mandi, dalam kul6lebih camtu, aku drive ke Muar..
Penat tak penat la balik kje terus drive jauh2 ni.Bapok plak sedap je tido dan mengkomplain kat sebelah.Bengang tol!
Sampai je bandar muar, jam plak.Jalan situ sempit2, banyak jalan sehala pastu banyak sangat kete.Jam sentiasa.Dahsyat tol!Melaka yang banyak pelancong setiap masa, banyak jalan sehala, pun tak jam sangat.So bile dah banyak kete, bapok nak drive.Dia duk membebel je bile aku drive dalam jam ni.
Then carik la kedai tu.2kali pusing tak jumpe.So benti kedai oti jap.Bapok dah lapar sangat. Sambil tu tanya la cashier kedai oti tu, rupa2nya kedai mee bandung popular + sedap tu tak buka malam.Buka sampai kul630 je.Hohoho..Kecewa sungguh aku.Tapi salah aku gak sebab tak tanya doktor tu.Kedai tu buka malam ke tak..Huhuhu.
Pastu g la kedai mee bandung laen sambil tunggu jime ngan partner dia.Even mee bandung kat kedai tu, kuahnye tak pekat, tapi boleh la tahan.Sedap + pedas.
Lepas makan, lepak kat Tanjung Emas.Jime kata situ je yang boleh lepak2.Takde tempat laen.
Sambil borak2,Jime offer tido umah dia. Memandangkan aku pun tak keje arini, bapok plak keje petang.So macam nak tido.Lagi2 esok paginye nak makan sate sedap kat muar ni plak.Tapi aku ngan bapok tak bawak baju spare plak.So ase laen macam plak.
Last2 kami balik Melaka semula dalam kul10malam camtu. Sampai Melaka kul11, g jejalan kat Jonker Walk plak.Cari aksesori untuk dalam kete aku..Balik kul12malam, terus tido sampai ke pagi tadi..Letih...

0 maklumbalas: